HIDUP INI UJIAN DARIPADA TUHAN.
Sumber daripada : Tuan Haji Md Abd Aziz bin Hj Md Yatim.( Guru Cemerlang dan ahli Tabliq)
Allah memberikan manusia ujian sepanjang kehidupannya di dunia. Mereka yang lulus ujian, mereka adalah tergolong dalam kumpulan yang berjaya dan sebaliknya. Sejak Nabi Adam A.S lagi, ujian dalam kehidupan manusia telah diturunkan dan ini bertujuan untuk menguji sejauh manakah tahap keimanan kita kepada Allah.Apa yang pasti, ujian akan tetap diturunkan kepada manusia sehingga hari kiamat nanti.
i) Abu Bakar - Dalam sejarah Islam, Abu Bakar digambarkan sebagai seorang yang lurus, amanah, dan membantu Rasullulah S.A.W. Di sekolah, "Abu Bakar" amat mudah dikenali dengan sifat guru yang sedia membantu, seorang yang tidak banyak membantah, ringan tulang dan setiakawan.
ii) Abu Jahal dan Abu Lahap - Adalah golongan penentang Rasullullah. Setiap kata dan perbuatan mulia dari Rasul, akan ditentang. Di sekolah, golongan ini dalam kumpulan yang kecil dan hanya pandai bercakap sahaja tetapi dari segi amalannya, mereka ini lebih kurang sama dengan sifat Abu Jahal dan Abu Lahap. Pantang aje ada idea baik dari guru yang lain, akan ditentang dan diperlekehkan. Kerana yang penting idea sendiri yang lebih utama.
iii) Abu Sufian - Pada peringkat awal perkembangan Islam, Abu Sufian golongan penentang Islam. Tetapi setelah mendapat Hidayah daripada Allah, Abu Sufian setia membantu Rasullulah dalam mengembangkan agama Islam. Di sekolah, golongan ini ramai. Jika kita membawa pembaharuan di sekolah, pada peringkat awal mungkin kerana tidak mendapat penjelasan yang tepat, mereka menentang dan secara diam-diam atau banyak merunggut di dalam bilik guru sesama rakan atau di dalam kelas (macam meluahkan perasaan ). Namun, setelah melihat sendiri dan mendengar penjelasan, mereka akan mengikut dan membantu. Golongan ini perlukan bimbingan, teguran, nasihat dan kita perlu bersedia mendengar penjelasan mereka, barulah kita menjelaskan rasionalnya kita melakukan pembaharuan.
iv) Abu Talib - Membantu dan melindungi Rasullulah dalam mengembangkan ajaran Islam tetapi tidak mendapat hidayah Allah. Abu Talib mati dalam kufur. Di sekolah, juga ada golongan ini. Apa jua pembaharuan yang di bawa, habis ditentang. Tidak tahu mana yang terbaik untuk dia. Golongan ini cabaran yang kuat buat pentadbir.
Kesimpulannya, 4 Abu akan ada sampai akhir zaman. Pilihlah golongan mana yang hendak di ikuti kerana yang pasti, dugaan itu sesungguhnya datang daripada Allah S.W.T
Pada zaman Rasullullah pula, mereka yang mengikut Rasul, yakni yang mengamalkan amalan agama, akan berjaya dan sebaliknya.
Maka, dalam matlamat untuk mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan, terdapat ujian dan ujian yang diturunkan bermacam-macam. Sebagai seorang Islam, dalam melaksanakan tanggungjawab dan
tugas kita terutama di sekolah, kita juga berhadapan dengan dugaan.
Ujian dan dugaan di sekolah, bolehlah di golongkan kepada 4 Abu:-

Comments