Posts

Showing posts from August, 2009

31 Ogos 2009 - ke 52

Image
Pasukan koir sekolah telah menunjukkan persembahan yang baik dan terdapat peningkatan kualiti dari tahun lepas. Terima kasih kepada Cikgu Mohd Helmi (kaunselor SMK Tun Mamat), Cikgu Pang Chin Choo, Cikgu Zarina dan Cikgu Hafiz (SK Sri Tangkak) kerana komitmen yang baik dalam menjayakan misi koir tahun ini. Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya dan kepada para pelajar, saya sayang semua dan maafkan saya jika saya terlebih kata dalam mengawal sesi latihan. Tapi matlamat kita sama.

Isteriku dan anak-anakku

Image
Isteriku, Muslina bte Hj.Leman, berasal dari Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Jasin, Melaka. Kami berkahwin pada 25 Disember 1996. Kami tak pernah bercinta. Kami dipertemukan oleh emak saudara isteriku yang juga isteri kepada sepupuku di Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka. Pendidikan isteriku hanyalah setakat SRP dan bersekolah disebuah sekolah agama di Merlimau. Kami dikurniakan 3 orang anak iaitu, Muhammad Syafiq Iqbar bin Amri 12 tahun, Nur Natasya Farhana bte Amri 10 tahun dan Muhammad Naqib Haikal bin Amri 8 tahun. Anak-anakku adalah permata hatiku dan juga isteriku. Doaku agar kehidupan kami bahgia, selamat di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit dan mara bahaya. Muga anak-anakku besar nanti menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kelas Bimbingan P.Moral 1225/2 - SPM 2009

Kelas bimbingan ini diadakan pada setiap Jumaat dari jam 5.00 - 6.30 petang. Kelas ini diberikan secara percuma kepada pelajar yang berdaftar sahaja dengan saya melalui kelas tambahan BM. Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab P.Moral SPM untuk bahagian A dan B, dengan matlamat untuk mendedahkan para pelajar kelas bimbingan saya, tentang cara menjawab yang betul.

Latihan Koir SMK Tun Mamat dan SK Sri Tangkak.

Image
Sekali lagi, pihak penganjur sambutan hari kemerdekaan daerah Ledang, telah memberi kepercayaan kepada SMK Tun Mamat, untuk mengadakan persembahan Koir Kemerdekaan pada tahun ini. Selain menyanyikan lagu Negaraku dan Bangsa Johor, koir sekolah juga akan mempersembahkan lagu tema kemerdekaan tahun ini iaitu 1 Malaysia, Tanggal 31, Malaysia Berjaya dan Jalur Gemilang. Saya telah memilih pelajar tingkatan 6 bawah sahaja untuk menyertai pasukan koir ini dan tahun ini seramai 15 orang pelajar SK Seri Tangkak telah saya pilih menyertai pasukan koir ini. Sebagai penyelaras persembahan untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, saya berkeyakinan koir tahun ini amat bersedia dan mampu menarik hati penonton.

Permata Hatiku

Image
Anak-anak adalah penyeri kehidupan kita dalam rumah tangga. Menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memastikan kebajikan dan keperluan anak-anak dijaga dengan sebaik-baiknya mengikut kemampuan kita. Anak-anak adalah amanah yang Allah berikan kepada kita

Pokok Bunga Hiasan - Bunga Gantung

Image
Saya amat minat menanam pokok bunga dan jenis berdaun tanpa bunga adalah pilihan utama. Agak mudah dan senang untuk menjaganya.

GHAZAL SMK TUN MAMAT TANGKAK.

Image
Sejak penubuhan hingga kini, kelab ghazal kerap menerima undangan untuk majlis rasmi dan majlis tidak rasmi di kawasan Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Amat banyak aktiviti yang telah disertai dan sudah pasti juga keanggotaan kumpulan pemuzik dan penyanyi Ghazal sering bertukar ganti. Namun, matlamat kelab tetap tidak berubah iaitu, meneruskan kelangsungan budaya seni muzik Ghazal agar terus hidup subur dan tidak mati ditelan zaman. Berdasarkan pengalaman saya dalam menubuhkan kumpulan ghazal di sekolah ini, cabaran akan tetap di hadapi sama ada di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Tidak kurang juga persepsi masyarakat yang juga dalam kalangan warga Johor yang tidak dapat menerima seni Ghazal sebagai salah satu unsur Jati Diri Warga Johor. Andaian mereka, semua unsur muzik, alat muzik bertali, ada lelaki dan perempuan serta seni kata lagu yang melekakan, adalah penyebab yang membawa kepada keruntuhan moral dan aqidah seorang Muslim. Sama seperti seni tari Za

Naza Citra ku, Persatuan Menembak Melaka.

Image
Saya setakat ini memiliki 3 buah kereta. Kereta murah aje... Proton Waja, saya beri pada isteri saya dan saya menggunakan kereta Naza Citra Hitam. Cantik tak.? Saya juga ada sebuah kereta Fiat Supermirafiori model 1970 single headcam, 1600cc. Saya juga mengisi masa lapang pada setiap sabtu atau ahad ke Lapangan Sasar Menembak, Persatuan Menembak Melaka, menjalani latihan menembak dengan persatuan. Bila dapat menembak, saya rasa puas kerana macam dapat buang kepenatan saya dan rasa geram dengan menembak. Saya juga meminati sukan "paintball" dan ada membuat aktiviti koko dengan pelajar tingkatan 6 sekolah saya. Best sukan ini.

Kelab Ghazal Remaja SMK Tun Mamat

Image
Kelab Ghazal Remaja SMK Tun Mamat, telah ditubuhkan pada ttahun 2001. Idea penubuhan kelab ini tercetus ketika saya, terbaca di surat khabar tentang projek penyerahan peralatan muzik Ghazal ke sekolah-sekolah di Johor oleh pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ). Saya telah memberanikan diri bertanya dengan pengetua ketika itu, iaitu Allahyarham Tuan Haji Amri bin Hasbulah, bolehkah saya menubuhkan kelab Ghazal sekolah. Beliau terus menghubungi bakal pengetua baru, iaitu Puan Hajah Bashirah untuk mendapatkan kebenaran beliau dan saya terus bertanya adakah beliau mengizinkan saya menubuhkan kelab ghazal. Pada peringkat awal penubuhan, terlalu banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi dalam menubuhkan kelab ini. Saya adalah warga Melaka dan berkhidmat di Johor sejak 1.9.1991 dan jiwa saya tertarik dengan kesenian Zapin dan Ghazal. Saya memang meminati seni sejak dari sekolah lagi hingga ke universiti. Malah saya juga pernah membuat Konsert Headwind pada tahun 1988 di Dewan Tengku Cencelor, Uni

Bercuti ke Pulau Pinang - 3hb-6hb Jun 2009.

Image
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah membawa keluarga bercuti ke Pulau Pinang. Anak-anak pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara dan saya telah membawa anak-anak ke Kuala Kedah dan ke Bukit Kayu Hitam. Saya telah membawa keluarga ke rumah adik saya - Hidayah Hj Yahya, di Kuala Kedah. Kami seterusnya ke Bukit Kayu Hitam, berjumpa dengan adik ipar saya , Mohd Fadhil bin Saad . Kami membeli belah di kawasan Thailand dan bergerak balik ke Hotel Royal, Pulau Pinang.

Pertandingan Zapin Johor 19 Julai 2009 - Johan Daerah.

Image
Pertandingan zapin Johor telah diadakan di Dewan Jubli Intan Tangkak, pada 19 Julai jam 2 petang. SMK Tun Mamat menghantar dua pasukan zapin dan Team A mendapat tempat ke tiga dan Team B mendapat Johan. SMK Tun Mamat,akan mewakili Daerah Ledang pada bulan oktober ini untuk pertandingan Zapin peringkat negeri.

Chiang Mai, Thailand 7-10 Jun 2009

Image

Surah Iqra - Qari Abdul Basit

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus Segar sang pemikiran hati Terkisah ku di antara Cinta yang rumit Bila keyakinanku datang Kasih bukan sekedar cinta Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan Maafkan bila ku tak sempurna Cinta ini tak mungkin ku cegah Ayat-ayat cinta bercerita Cintaku padamu Bila bahagia mulai menyentuh Seakan ku bisa hidup lebih lama Namun harus kutinggalkan cinta Ketika ku bersujud

Tuisyen bahasa Melayu - UPSR, TINGKATAN 1 DAN 2, PMR, TINGKATAN 4 DAN SPM

Image
Kelas bahasa Melayu ini dikendalikan oleh seorang guru yang berpengalaman, pemeriksa kertas peperiksaan dan penulis buku rujukan untuk bahasa Melayu dan Komsas. Kelas tambahan diadakan seperti berikut:- Isnin Tingkatan 1 dan 2 5.30 - 7.30 malam Selasa PMR 7.30 - 9.30 malam Rabu SPM 7.30 - 9.30 malam Khamis PMR 7.30 - 9.30 malam Jumaat Tingkatan 4 7.30 - 9.30 malam Sabtu Tingkatan 1 dan 2 9.00 - 11.00 pagi UPSR 5.00 - 8.00 malam Ahad Tingkatan 4 10.30 - 12.30 TGH SPM 7.30 - 9.30 malam Pelajar akan diberikan bahan nota dan latihan. Latihan berpandukan kepada format peperiksaan YURAN - RM 30 sebulan PENDAFTARAN - RM 10. Pendaftaran terbuka kepada semua. Tempat adalah terhad. Berminat ? datang ke alamat, JA 6884, Jalan Seroja

Derita semalam

Derita Semalam. Oleh Amri Hj Yahya PAGI ini seperti hari-hari yang lalu, Ana berjalan kaki ke perhentian bas.Tidak seperti lima bulan yang lepas, suaminya akan menghantar dia ke tempat kerja. Dengan menaiki kereta Honda Accord ke tempat kerja dan di hantar oleh suami tersayang , Ana amat bahagia dan rasa disayangi. Tetapi kini, Ana harus ke tempat kerja sendirian kerana suaminya menghadapi masalah kewangan. “ Abang menghadapi masalah perniagaan Ana. Kawan-kawan abang tidak setia dalam menguruskan perniagaan abang di Melaka “ kata suaminya, Ally dengan nada lemah. Suaminya sebelum bergelar guru, telah membuka perniagaan di negeri kelahirannya. Peluang melanjutkan pelajaran ke UTM, Skudai dalam jurusan Diploma pendidikan menyebabkan perniagaan yang telah diusahakan selama dua tahun diserahkan kepada rakan baiknya tanpa perjanjian bertulis. Atas`dasar kepercayaannya itulah dia ditipu dan perniagaannya terpaksa ditutup. ********************************************************** Hari i

Madu Lebah Asli Gunawan.

Image
Hubungi 012-6962576 untuk tempahan Harga: RM45 sebotol(botol besar) Dalam ajaran agama Islam, terdapat banyak kelebihan menggunakan madu lebah, Keistimewaan Madu Gunawan, hanya boleh didapati dalam tempoh 6 bulan atau setahun dua kali kerana didapati dari kawasan pergunungan Ledang.

Kuih Raya Lebaran 2009

Sempena lebaran 2009, jualan kuih raya seperti berikut: 1. Bahulu (50 biji ) = RM10.00 2. Kerepek Ubi (1KG) perisa BBQ / Lada Hitam = RM18.00 3. Rempeyek = RM18.00 4. Sepit (Gulung / Lipat ) = RM18.00 5. Maruku (1KG) = RM 18.00 6. Biskut Buah Kana (50 biji) = RM 18.00 7. Almond Susu (50 biji) = RM 20.00 8. Almond London (50 biji) = RM 20.00 9. Fancy Ice Cream (50 biji ) = RM 20.00 10. Snow Almond ( 50 biji ) = RM 19.00 11. Oat Crunchies ( 50 biji ) = RM 19.00 12. Suji Crystal ( 50 biji ) = RM 19.00 13. Tat Nanas ( 50 biji ) = RM 19.00 14. Biskut Sampan ( 50 biji ) = RM 19.00 15. Green Crystal ( 50 biji ) = RM 19.00 16. Biskut Tembikai ( 50 biji ) = RM 19.00 TEMPAHAN BOLEH DIBUAT SEKARANG !!..... Mereka yang berminat, boleh emel kepada alamat :- amriy64@yahoo.com atau menghubungi no 012 6962576 Perhatian : Penghantaran adalah percuma bagi kawasan Jasin, Tangkak dan Muar. Kawasan-kawasan lain akan dipertimbangkan dan tempahan ditutup pada 17 September 2009.Sebarang cadangan dan komen ama