Sejak tahun 2010, perhimpunan sekolah akan diadakan di Dataran perhimpunan. Dengan bilangan pelajar satu sesi seramai 1721 orang, Dewan Besar Tun Mamat tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian bertambah.
Cabaran perhimpunan di Dataran ialah, selepas hujan, kawasan perhimpunan basah dan pelajar sukar untuk duduk dalam barisan kelas.
Jelas, kita perlukan satu dewan terbuka dengan didirikan bumbung pada dataran ini.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments