Pada 3hb Jun 2011, kami adik beradik sebanyak 3 buah kereta telah menziarah sepupu kami, Yusof Yunus yang baru tamat menjalani pembedahan membuang perut, kerana ulser.
Kami telah ke rumahnya di Bandar Senawang, NS dan solat Jumaat bersama-sama di masjid Senawang.
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Pada 16hb. Jun bersamaan hari Rabu, jam 9.00 malam telah diadakan mini orkestra ghazal. Matlamat untuk melihat hasil kerja pelajar sekolah yang telah berlatih secara intensif. Majlis di hadiri oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Tuan Haji Jama bin Johan. Jamuan malam pula dibuat secara BBQ.
Comments