10 JENIS WANITA YANG PERLU DIJAUHI.

1. Terlalu cemburu

Cemburu itu perlu sebenarnya tapi bila cemburu buta boleh merosakkan hubungan dengan si jejakanya. Contohnya wanita pergi menyerang orang tanpa usul periksa. Ramai lelaki yang tidak tahan dan memutuskan hubungan dengan wanita seperti ini.

2. Selekeh

Wanita penuh dengan keayuan dan kesopanan, jika seseorang wanita itu selekeh ramai lelaki yang tidak suka kerana keayuan dan kesopanan itu tidak ada pada perempuan seperti ini. Walaupun muka cantik tetapi itu tidak menjadi jaminan 100% untuk memikat hati jejaka.

3. Suka mengharap

Sering mengharapkan orang lelaki sahaja membuat sesuatu dan tidak berusaha untuk mencuba sendiri. Wanita seperti ini jika ditinggalkan suami hidupnya akan merana dan tidak dapat berdikari sendiri.

4. Ingin sempurna

Sikap ini sangat merimaskan lelaki kerana setiap keputusan yang dilakukan sering ingin sempurna dan jika orang lain melakukan sering tidak sempurna. Pasti ada yang tidak kena jika seseorang lelaki melakukan dan menganggap dirinya sempurna dan betul.

5. Tidak berhati-hati

Tidak berhati-hati dalam percakapan boleh melukakan hati lelaki dan ramai lelaki akan makan hati dan seterusnya memutuskan perhubungan. Kerana mulut badan binasa.

6. Perasan cantik

Perempuan ini boleh digelar pisau cukur keran menggunakan kecantikannya untuk mengikis harta lelaki. Sanggup menjual dan menggadai kecantikannya demi harta benda dan ada yang menjadi GRO.

7. Ada "sugar dady"

Dalam kehidupan sekarang yang memerlukan duit yang banyak kerana kos sara hidup yang tinggi ada juga wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya yang berumur untuk mendapatkan duit. Merekan menjual tubuhnya kepada lelaki kaya semata-mata untuk mendapatkan duit.

8. Pandai ambil kesempatan

Perempuan seperti ini boleh dikatakan sebagai perampas. Merampas kekasih orang, tunang orang dan suami orang demi untuk kepentingan diri sendiri. Perempuan seperti ini biasanya tiada perasaan malu.

9. Suka mengongkong

Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil "Queen Control". Sebagai contoh wanita seperti ini sering mengawal pergerakan pasanganya, pergi mana. Sering bertanyakan pasangannya keluar dengan siapa, balik pukul berapa dan sebagainya. Ini boleh merimaskan lelaki.

10. Hipokrik

Didepan lelaki yang disukai berlaku sopan dan solehah tetapi dibelakang lelaki yang disukai bergaul bebas dengan lelaki lain dan sering keluar malam ke kelab malam. Biasanya ada juga wanita yang berpakaian menutup aurat tetapi perangai jauh lebih teruk dari wanita yang tidak menutup aurat.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.