SMART TEENS PRE-U / INDIVIDU PENTING.

Puan Jenny Tan, Business Manager Linton Universiti College. Selama ini perkenalan dari FB membuahkan hasil di mana program "Smart Teens Pre-U" dapat direalisasikan. TQ Puan Jenny.

Encik Albert Seah, Chief Executive Counselor, Linton Universiti. Seorang yang pandai bercakap dan mampu menarik minat pelajar untuk terus berada dalam sesi ceramahnya berjam-jam lamanya. Pengalaman yang amat luas dalam bidang akademik dan motivasi. TQ Tuan Albert.

Kiri saya, Cikgu Md Irman bin Harun, tenaga akademik MUET untuk tingkatan 6 SMKTM. Seorang guru muda yang boleh diberikan tanggungjawab dan dapat melakukan dengan baik. TQ Irman.

Tuan Pengetua, Tuan Haji Ahmad bin Othman. Pengetua yang "workorholic" dan amat peka dengan persekitaran sekolah, guru dan murid. Banyak idea yang jika dapat kita realisasikan pasti membawa kecemerlangan pada sekolah kita. TQ Tuan Haji.

Lastly...Cikgu Nor Haslina bte Yusof, GPK Tingkatan 6 SMK Ledang. Bersedia membantu saat diperlukan. Perancangan awal, penceramah MUET ialah Cikgu Peter Suan dari SM Tinggi Melaka. Namun kerana kekangan tugasnya, Haslina bersedia mengantikan dan ceramah beliau memang hebat dan sesuai juga dengan pengalamannya dalam MUET. TQ Lina.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.