Malam ini / 19 Disember 2010 aku biasanya bersama kedua-dua orang anak lelakiku bersembahyang jemaah di Masjid An-Nur Taman Maju. Namun kerana ada urusan kerja, malam ini aku solat di Masjid Selat Melaka.
Masjid Selat Melaka memang cantik dan salah satu tumpuan pelancong dari luar Melaka.
1. Peta taburan lokasi kegiatan industri perkilangan di Malaysia. 2. Taburan lokasi industri perkilangan di Malaysia . a. Lembah Kelang (Shah Alam, Petaling jaya, Kelang ), b. Luar Lembah kelang (Bandar Baru Bangi, Kajang Teluk Panglima garang, Rawang ) c. Bayan Lepas, Perai, Mak Mandin (Pulau Pinang ) d. Sungai Petani, Mergong dan Kulim (Kedah) e. Lembah Kinta, Kemunting dan Tanjung Maling,Perak f. Paka – Kerteh (Terengganu) g. Gebeng, Semambu dan Bentong (Pahang) h. Pasir Gudang, Larkin, Tampoi dan Batu Pahat (Johor) i. Senawang (Negeri Sembilan ) j. Air Keroh (Melaka) k. Bintulu (Sarawak) l. Likas, Kok Kawi dan Kota Kinabalu (Sabah) m. Pengkalan Chepa (Kelantan) 3. Jenis-jenis industri perkilangan di Malaysia. i.) Industri memproses Contoh : Industri memproses kelapa sawit dan getah asli, memproses koko, lada hitam, minyak kelapa sserta industri memproses kayu balak dan kilang perabut. ii.) Industri pembuatan Contoh : a. Industri bukan berasaskan sumber 1. Industri barangan elektri...
Aku memelihara ikan kaloi ini setelah ikan kaloi belaan Bondaku mati. Dari saiz yang agak kecil, dalam tempoh 2 bulan ikan ini cepat membesar. Ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama dengan mereka yang minat memelihara ikan kaloi. 1. Jangan takut bercakap-cakap dengan ikan belaan kita. Selalu tegur akan kecantikan dia, dan pastinya dia tahu anda tuannya. 2. Penapis air mesti selalu di cuci dan dalam tempoh 3 minggu diganti dengan yang baru. Ini untuk menjaga kualiti air agar sentiasa bersih. 3. Masukkan penjernih air agar air nampak bercahaya. Makin jelas kejernihan air, ikan kaloi akan lebih aktif dan dari jauh sudah mengenali tuannya. 4. Yang amat penting, selain dari makanan khas kaloi, pastikan anda memasukan garam sedikit dalam tapisan air agar lumut dalam air dan yang melekat di badan kaloi akan mati. Musuh ikan dalam air ialah lumut terutama iakan air tawar. Garam adalah ubatnya dan mata ikan akan nampak bercahaya. Mudahkan.... jangan kita pelihara tapi tidak tahu menjaga ...
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.
Comments