PERKAHWINAN NIZA - PENYANYI GHAZAL
Pada 10 Julai 2010, aku sekeluarga telah hadir ke jemputan perkahwinan Niza, kakak kepada Meira, bekas penyanyi Ghazal sekolah. Pada 9 Julai, aku telah datang menghantar sumbangan 10 botol kuih sepit untuk hidangan meja tetamu. Namun aku amat sedih melihat ayah mereka yang dibawa pulang dari Hospital Segamat. Kedua-dua kaki beliau dipotong kerana kencing manis. Terharu kerana beliau masih ingat akan aku walaupun dalam keadaan tidak bermaya. Buat Niza, SELAMAT PENGANTIN BARU. Buat Meira dan keluarga, tabahkan hati dengan setiap dugaan.
Comments