DAHULU DAN KINI

DAHULU......

-Aku Mantan Guru Penolong Kanan Petang.
-Surat Lantikan sekolah
- Pernah hendak diberikan parking khas kereta - GPK Petang.
- Mengajar 12 waktu sahaja. Masa lain menguruskan pentadbiran petang dan HEM petang.
- Mempunyai ruang bilik pejabat sendiri - Bilik GPK Petang.
- Menerima bayaran RM120 sebagai Elaun Tanggungjawab GPK Petang. Dibayar secara tunai oleh kerani kewangan sekolah.
- Mengurus pentadbiran guru dan pelajar petang dengan kelangsungan tugas yang telah ditetapkan.
- Sesi petang SMK Tun Mamat, secara rasmi telah ditamatkan pada 8 June 2009.


KINI.......

- Aku menyandang jawatan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.
- Surat lantikan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Sumber Manusia.
- Tiada parking khas kereta.
- Mengajar 22 waktu. Alasan, tidak mempunyai "Surat Kuasa " yang menetapkan GPK mengajar 8 waktu. Yang ada, "Garis Panduan Pengurusan Tingkatan 6" dan difahamkan tidak boleh digunapakai.
- Tiada ruang bilik pejabat sendiri, pengurusan tingkatan 6 dilakukan dalam bilik guru.
- Belum lagi menerima Elaun Tanggungjawab ( Usul ini telah dikemukakan ke JPA dan menunggu jawapan ).
- Dalam proses penjenamaan semula dan penstrukturan semula tingkatan 6, cabaran cukup banyak. Hanya Allah yang tahu tetapi niat di hati, demi kepentingan pelajar saya, keutamaan buat mereka. Apa yang penting, saya tahu tugas yang diamanahkan kepada saya. Insyaallah... Tuhan memberikan kebaikan dan rezeki yang baik juga kesihatan yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.