Posts
GURU GRED DG41 -DG48 DIBENARKAN AKTIF POLITIK.
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan, Selasa. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti p...
RIBUT DI BAZAAR RAMADHAN, JASIN.
- Get link
- X
- Other Apps
Pada bulan Ramadhan, tuisyen saya percepatkan pada jam 5.00-6.30petang. Rata-rata pelajar-pelajar tuisyen saya sedia maklum dengan perubahan jadual ini kerana malamnya dapatlah saya membawa hero-hero saya solat Tarawih di masjid. Kali ini solat tarawih tidak di masjid Taman Maju sahaja kerana saya berhajat hendak melakukan solat ini di masjid yang lain juga. Seperti biasa pada 13hb Ogos, Jumaat, saya bersedia untuk mengadakan tuisyen SPM (BM) tetapi jam 4.30 petang cuaca agak luar biasa. Angin kuat dan hujan yang lebat. Pasu bunga banyak yang rebah dan bunga gantung ada yang jatuh ditiup angin kuat. Rupa-rupanya, di bazaar Ramadhan Jasin, yang terletak di Stadium Jasin juga di landa ribut. Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban. Kesan ribut di tapak bazaar ramadhan Para peniaga tetap memberanikan diri berniaga selepas tragedi semalam. Bilangan gerai yang berkurang setelah bencana semalam. Cadangan buat YDP MPJ, Tuan Haji Murad agar lokasi bazaar ini dipindahkan. Kawasan i...
TUGASAN 5.
- Get link
- X
- Other Apps
Sektor Perkhidmatan. a)Jelaskan tiga faktor geografi fizikal yang mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan di rantau Asia Pasifik. ( 9 markah ) b)Terangkan empat sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi sesebuah negara ( 8 markah ). c)Huraikan empat masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan terhadap persekitaran fizikal dan manusia di sesebuah negara. ( 8 markah ).
TUGASAN 4
- Get link
- X
- Other Apps
Sektor Perindustrian. a)Bezakan maksud industri primer dengan industri sekunder ( 6 markah ). b)Huraikan lima faktor yang boleh menghalang kemajuan industri perkilangan di sesetengah negara Asia Tenggara. ( 10 markah ) c)Jelaskan tiga kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat kemajuan industri perkilangan di negara-negara Asia Tenggara. ( 9 markah )