Posts

Showing posts from May, 2013

IMAM MUDA ASRAF DAN HAFIZ HAMIDUN - 2013

Image
Syukur kepada Ilahi, dengan izin-Nya maka program "Terapi Jiwa, Terapi Minda - Program  Motivasi Perdana 2013 " dapat dijalankan pada 16 Mei 2013.    Program bermula jam 2.00 petang dengan ceramah Motivasi - Menuju Keluarga Al-Zahra telah disampaikan oleh Imam Muda Asraf sehingga waktu Asar. Solat Asar diimamkan oleh Imam Muda Asraf.   Selepas solat Asar, program Hi-Tea bermula dan Hafiz Hamidun menyanyikan lagu-lagu terapi jiwanya. Terima kasih kepada AJK Program, Kebirus dan MPPPU yang telah menjayakan program ini.

HARI IBU BUAT BONDAKU HJH SIMAH BTE SABTU 2013.

Image
Bondaku ini bila diajak makan di luar sempena Hari Ibu, malas katanya... simpan duit nak ke  Kuala Kedah nanti kerana pada 2 Jun 2013, anak saudaraku bernikah di Kuala Kedah.

DEWAN TERBUKA BARU 2013.

Image
Selama ini para pelajar beratur di dataran terbuka dalam keadaan berpanas dan basah jika hujan. Syukur kepada Allah, Mantan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah meluluskan pembinaan dewan dengan kos RM400 ribu.

PENDAFTARAN PRA-U SESI 2013/2014

Image
  Terima kasih kepada MPPPU sesi 2012/2013 yang telah membantu proses pendaftaran awal pelajar pra-u baru.

MOTIVASI PERDANA BERSAMA HAFIZ HAMIDUN - TERAPI JIWA 2013

Image
  Saudara Hafiz Hamidun dan Imam Muda Asraf telah diundang oleh PIBG SMK Tun Mamat untuk mengadakan program Terapi Jiwa Terapi Minda pada 16 Mei 2013.  Program ini diadakan dengan tujuan untuk menambah dana PIBG sekolah dan memberi peluang kepada para pelajar dan ibu bapa mengikuti program 3dalam 1 ( Ceramah Motivasi oleh Imam Muda Asraf, Nyanyian Nasyid oleh Sdr Hafiz Hamidun dan Hi-Tea ) Insyaallah muga usaha ini dirahmati Allah --- Jazakallah....