KUIL HINDU @ RUMAH BERHALA DI TAMAN MAJU, JASIN, MELAKA.

Selesai solat sunat Aidil Fitri di Masjid An-Nur Taman Maju, saya ambil satu risalah yang diletakkan di tangga masjid. Risalah bertajuk " ISU KUIL RUMAH DI TAMAN MAJU - Anak Jati Taman Maju. "

Saya ingat hanya saya sahaja yang tertanya-tanya bagaimana sebuah rumah berhala yang besar boleh didirikan oleh penduduk dalam kawasan rumah, di dalam kawasan perumahan yang diduduki oleh masyarakat berbilang bangsa. Atas kriteria dan syarat apa yang digunapakai oleh pihak kerajaan tempatan dan pihak berkuasa untuk membenarkan rumah berhala ini didirikan ?

Tidakkah pembinaan rumah berhala ini akan menganggu lalu lintas dan aktiviti yang dijalankan nanti boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat sekitar. Selama ini rumah berhala didirikan jauh dari kawasan persekitaran petempatan penduduk.   

Inilah rumah berhala yang dimaksudkan, terletak diJalan Mawar, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka. Menurut risalah ini, ini merupakan kuil Hindu yang pertama di Malaysia didirikan dalam kawasan rumah ( corner blok ) dan dilaluan penduduk yang ramai.

Comments

Diselube said…
Yang peliknya, adakah tiada SOP atau pemantauan dari pihak majlis bilamana kelulusan pelan diberikan, cuma perlu tunggu sahaja proses pembinaan sehingga selesai?
Rasanya, tak mungkin sama sekali kot.
So, kesimpulan yang boleh mayarakat Taman Maju khasnya dan Jasin amnya ialah pihak majlis:
1. Tiada SOP
2. Malas dan tido.
3. Berniat untuk menjatuhkan Ketua Menteri bila mana kes yang seperti ini pun perlu nak lepaskan tangan dan diselesaikan ke pihak menteri sedangkan peringkat awal perlaksanaan perlu dilakukan oleh YDP sendiri.
YDP mungkin terlepas pandang, dan penguatkuasa leka untuk berpuasa dan berhari raya.
4. Maka jatuhlah juga imej pembawa kes seperti JKKK, UMNO cawangan, BN, dsb demi utk menyelesaikan masaalah orang yang tak tahu perlembagaan ini(pembina kuil)!@


So,....... apa komen kengkawan yang lain.

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.