Posts

Showing posts from January, 2012

SOALAN KOLOKIUM DI BAWAH SELIAAN CIKGU AMRI HJ YAHYA.

1.Proses urbanisasi / pembandaran di Daerah Tangkak sejak tahun 1970-an. atau 2.Faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sektor pelancongan di Gunung Ledang dan kesan-kesan pembangunannya terhadap aspek fizikal dan sosioekonomi penduduk di Daerah Ledang. atau 3. Kantin SMK Tun Mamat, Tangkak - Tinjauan dari segi; i) Makanan yang disajikan. ii) Tahap kebersihan. iii) Pengendali-pengendali makanan / pekerja-pekerja kantin. iv) Pengunjung-pengunjung di kalangan guru dan pelajar SMK Tun Mamat.

TUGASAN GEOGRAFI 2 , PRA-U 2 - R&D 2012.

1. a. Apakah yang dimaksudkan dengan Bioteknologi pertanian? b. Huraikan kepentingan Bioteknologi pertanian terhadap perkembangan dan kemajuan pertanian di Malaysia c. Bincangkan masalah-masalah yang dialami didalam memajukan sektor pertanian di Malaysia. 2. a. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Nano? b. Huraikan bagaimana teknologi nano berperanan dalam memajukan pertanian di Malaysia. c. Bincangkan peranan kerajaan dalam memajukan sektor pertanian di Malaysia. Arahan: 1. Setiap pelajar dikehendaki menjawab hanya satu soalan sahaja. 2. Semua soalan tugasan mesti dihantar pada atau sebelum akhir bulan Febuari, 2012 , huruf 12, langkau 2 baris, tulisan times new roman. 3. Setiap soalan itu mesti mempunyai rujukan atau bibliografi. 4. Panjang setiap soalan minima 6 muka surat.

BB1M -YB TUAN HAJI IR HAMIM BIN SAMURI.

Image
Pemberian baucer buku ini telah disampaikan oleh YB Tn Hj Ir Hamim bin Samuri pada 30 Januari 2012. Semuga para pelajar Pra-U dapat menggunakan peluang ini untuk membeli buku dan peralatan untuk belajar.

LATIHAN GHAZAL TAHUN 2012 BERMULA.

Image
Pada tahun 2012, latihan telah dimulakan seawal minggu pertama persekolahan. Semuga tahun ini, semangat ahli kian kuat dan akan mempelajari banyak lagu baru. Kali ini, juru latih vokal, sentiasa hadir dalam latihan untuk melatih penyanyi baru dan lama,

RE-UNION TINGKATAN 6, SMK ISKANDAR SHAH, JASIN.

Image
PERHATIAN; CADANGAN UNTUK RE-UNION TINGKATAN ENAM,SMK ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN. TARIKH : 22 - 23 SEPTEMBER 2012 TEMPAT : BAYU BEACH RESORT, BATU 4 1/2, JLN PANTAI, MUKIM SI-RUSA, PORT DICKSON, N.SEMBILAN. Bayaran - *RM35 net per head (dewasa) dan *RM20 net per head (kanak- kanak 7 - 12 tahun ) * Bayaran untuk lunch dan aktiviti sukan keluarga di pantai. * Bayaran tambahan RM10 untuk kos pengurusan dan meja VIP untuk bekas-bekas guru Tingkatan Enam SIS. Mohon, Hubungi saya (012-6962576 ) atau Cikgu Ghani Ahmad (013-6105055) untuk menetapkan bilangan ahli yang hadir. HARAP HEBAH-HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. TQ

PETUA MURAH REZEKI- DOA SELALU UNTUK IBU BAPA.

Petua murah rezeki ni saya ambil dari nota facebook, semoga mendapat manfaat: Petua Murah Rezeki: Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesa nan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. . ” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu… Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari” Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersun

BENARKAH ANUAR IBRAHIM PEJUANG KEADILAN?

Tak lama lagi PRU 13 akan menyusul. Orang-orang yang terlibat dengan hal-ehwal politik akan bertungkus lumus memastikan kemenangan berpihak di pihak mereka. Yang paling ketara ialah pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Manakala parti lain tidak begitu signifikan dari segi penonjolannya. Anwar yang menerajui Pakatan Rakyat begitu berhasrat menawan Putrajaya. Hasrat Anwar tidak boleh dipandang remeh dan tidak mustahil menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak dapat menyalurkan perjuangan politiknya melalui akhbar dan saluran TV arus perdana, peranan internet tidak dapat diperkecilkan. Melalui bancian yang dilakukan di ruangan web denaihati sokongan terhadap pakatan rakyat hampir menyamai sokongan BN. Apa yang menjadi persoalan di sini adalah benarkah Anwar berjuang untuk keadilan rakyat, ataukah dia hanya berjuang untuk keadilan dirinya sahaja? Sekiranya Anwar tidak dipecat sebagai TPM oleh Tun Dr. Mahadhir pada tahun 1998, adakah akan wujud parti Ke

DAUN BELALAI GAJAH - PENAWAR KANSER.

Image
Pokok Belalai Gajah telah dikenalpasti dapat menyembuhkan penyakit kanser. Saya dapatkan maklumat ini dari web resepirahsiaku . Harap boleh dimanfaatkan untuk sesiapa yang sangat memerlukan. Belalai Gajah Sabah Snake Grass Good News!!! Recently, I met a man who had Lymphatic Cancer – Stage 4 with 123 lymph nodes affected. His cancer started in March 2008. Affected parts: 1st: Right lung, 2nd: Left lung, 3rd: Groin, 4th: Eye and 5th Mouth . After 9 chemo therapies he stopped the treatment on 10/11/2008 because 5 specialists said he can only survive for 3 months. Today, after more than 2 years, he has recovered and is still living. Thanks to the Sabah Snake Grass (Clinacanthus) which he planted outside his house. He blended the leaves with green apple (minus skin and seeds) and drank them after breakfast everyday. After 3 days, 6 tumours disappeared. After 13 days, he went for a blood test.The oncologist said that he was 96% cured. So far more than 200 peop

AKU, LIM DAN ISLAM - KUNFAYAKUN.

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE INDONESIA 2012.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KE-2 TAHUN 2012. MEDAN DAN ACHEH – 4hb- 7hb Jun 2012 (4H 3M) Misi membawa 20 guru dan 10 pelajar SMKTM “Bench Marking to Medan UNIMED and SMA 1 Negeri Medan “HOPE FOR HUMANITY TO ACHEH- RUMAH ANAK YATIM JOHOR MEDAN “ 4 JUN Bertolak dari LCCT ke Medan. Lawatan ke UNIMED dan SM 1 Negeri Medan. Makan Tengahari di Medan Mall. Lawatan ke Bandar Medan seperti ke Pasar Ikan (pakaian dan batik), Maimoon Palace dan Masjid Raya. Check in ke Hotel Inna Dharma-Deli dan makan malam di Merdeka Walk. 5 JUN Sarapan pagi. Bersiap ke Lapangan Terbang untuk ke Aceh. Sampai ke Aceh terus ke Rumah Anak Yatim Johor untuk program “Hope for Humanity”.. Makan Tengahari di Retoren Ayam Tangkap. Melawat Masjid Baiturrahman, Kapal Apung, Muzium Tsunami dan Kg. Nelayan yang telah musnah menjadi pantai akibat tsunami. Makan Malam di Awak Away (Ikan dan Udang Segar). Pulang ke penginapan. 6 JUN Sarapan pagi, lawatan ke Syiah Kuala dan m

BAUCER BUKU 1MALAYSIA - 30 JANUARI 2012.

Image
PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT, 84900 TANGKAK LEDANG JOHOR KOD SEKOLAH : JEA 5026 TEL : 06 9781245 FAX : 06 9789784 Emel : smktunmamat@yahoo.com Laman Web : www.tunmamat.myportal.my PENGUMUMAN KEPADA PARA PENUNTUT PRA-U SESI 2012, SMK TUN MAMAT, 84900 TANGKAK, JOHOR. PROGRAM BERSAMA YB TUAN HAJI IR HAMIM BIN SAMURI. PENYAMPAIAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA Sebagaimana sedia maklum, semasa pembentangan bajet tahun 2012, YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM260 juta untuk pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada para pelajar warganegara Malaysia yang berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta tempatan, Kolej Matrikulasi serta Tingkatan 6 (termasuk Sekolah Tinggi Agama dan Sekolah Sukan ) 2. Bagi melaksanakan amanah ini, Yang Berhormat Tuan Haji Ir Hamim Bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang a