KEBIADAPAN FU CHONG YOONG - PUSAT TUISYEN INDAH PERMAS JAYA, TANGKAK.

     Pada 30 Julai 2012, Isnin dalam akhbar Berita Harian, kita telah dipaparkan dengan satu berita yang agak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam khasnya Melayu Islam. Tindakan pihak Tuisyen Indah Permas Jaya di Tangkak yang menggunakan pelbagai karikutur menghina sahabat Nabi Muhammad S.A.W amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku setelah kita hampir 55 tahun merdeka.
     Fu Chong Yoong baru berusia 22 tahun dan tentulah telah diajar semasa di sekolah melalui mata pelajaran Sivik dan P.Moral tentang amalan menghormati budaya dan agama masyarakat Malaysia yang lain. Kebodohan beliau serta kakitangan pengurusan pusat tiusyen ini amat dikesali dan tindakan dengan hanya meminta maaf tidak sepatutnya diterima dengan mudah. 
     Apa yang membimbangkan kita, bukan setakat melukis karikutur babi bagi mewakili sahabat nabi agar pelajarnya seramai 20 orang memahami sejarah, tetapi kebiadapan beliau dalam menghormati agama Islam dan kesucian bulan Ramadhan. 
     Sepatutnya, Fu Chong Yoong perlu mengucapkan ucapan maaf pada masa kemerdekaan Ledang ke-55 tahun di khalayak ramai, di Dataran Tangkak pada 31 Ogos 2012 (Jumaat) sempena sambutan kemerdekaan Daerah Ledang ke-55. Barulah luka dihati masyarakat Islam di Tangkak khasnya terubat.
 

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.