RAUL LEMOS & KRISDAYANTI BERKAHWIN.

Diva terkenal dari Indonesia Krisdayanti selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Raul Lemos. Majlis akad nikahnya itu berlangsung di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Indonesia. Ayah KD iaitu Trenggono menjadi wali untuk pernikahannya itu.

Walaupun majlis itu lewat 30 minat dari jadual asalnya, majlis itu bagaimanapun tetap meriah dan dihadiri beberapa orang kenamaan.
Walaupun majlis itu berlangsung mewah tetapi pasangan itu tetap memilih satu set alat solat untuk dijadikan mas kahwin. Selesai majlis akad nikah ini air muka kedua-dua pasangan kelihatan bahagia dan senyum manis. Selamat pengantin baru KD, semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Sebelum ini Krisdayanti pernah berkahwin dengan Anang Hermansyah namun rumahtangganya tidak kekal lama dan bercerai. Sebelum ini Raul Lemos disebut-sebut sebagai orang ketiga yang memecah belahkan rumahtangga KD dengan Anang Hermansyah.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.