Posts

Showing posts from December, 2010

RE-UNION TINGKATAN 6 SIS 1983/1984.

Image
Syukur kepada Tuhan. Program Pertemuan Bekas Pelajar Tingkatan 6 SMK Iskandar Shah kali ke-3, bertempat di Hotel Alamanda dapat diadakan pada 25 Disember 2010. Guru Penasihat Kelab, Our Belove Cikgu Peter Suan hadir dan lebih mengembirakan rakan-rakan lama seperti Kak Tumiah Mukri, Ainee Ahmad, Rafeah dan Tuan Haji Murad (YDP Majlis Perbandaran Jasin ) turut hadir. Kak Tumiah Mukri, suri rumah dan kini guru mengaji Al Quran. Kak Tumiah rakan group discussion saya. Cikgu Peter Suan walaupun kini berusia 56 tahun, tetapi tetap tidak berumah. Rahsia awet muda- berenang.... Meja pendaftaran diuruskan oleh Cikgu Ghani Ahmad, GPK HEM SMK Sri Kota, Melaka.

PEDAS HOT SPRING.

Image
Walaupun agak sibuk dengan tugas masa cuti, saya luangkan masa membawa anak-anak ke Pedas Hot Spring.

NASI LEMAK ANTARABANGSA KAMPUNG BARU

Image
Isteriku berhajat hendak merasai lagi Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru.

DEPOSIT HI-TEA RE-UNION SIS T6

Image
Perhatian buat semua rakan Alumni SIS Tingkatan 6 tahun 1983/1984. Bayaran deposit Hotel Alamanda telah dibuat. Tolong berikan makluman segera kepada saya atau kepada Cikgu Abd Ghani Ahmad.

MASJID SELAT MELAKA.

Image
Malam ini / 19 Disember 2010 aku biasanya bersama kedua-dua orang anak lelakiku bersembahyang jemaah di Masjid An-Nur Taman Maju. Namun kerana ada urusan kerja, malam ini aku solat di Masjid Selat Melaka. Masjid Selat Melaka memang cantik dan salah satu tumpuan pelancong dari luar Melaka.