Posts

Showing posts from September, 2010

DESIGN BAJU KELAB GHAZAL TUN MAMAT.

Image
Terima kasih kepada Cikgu Zacky Khairudin M.Khalid , lulusan IT yang telah membantu saya mencipta design baru untuk baju kelab ghazal SMK Tun Mamat. Design amat menarik dan kemahiran IT yang baik.

JAMUAN RAYA PERDANA I TAHUN 2010.

Image
Salam buat semua pembaca blog Gunawanledang........ Buat pertama kali, idea ini datang dari PENERAJU SEKOLAH, Tuan Pengetua Hj Ahmad bin Othman. Guru-guru bersetuju menaja 30 pelajar untuk seorang guru dan jamuan disediakan oleh guru-guru dalam bentuk kumpulan. Kerjasama amat baik dan semua pihak bekerjasama. Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (MPPU) akan membantu pihak guru dalam menjayakan majlis ini nanti. Selain perhimpunan pagi, semasa jamuan akan diadakan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah, pertandingan pakaian keluarga guru mengikut keluarga dan individu serta permintaan sampaikan lagu raya.

OPEN HOUSE RAYA 2010.

Image
Salam buat semua pembaca blog. Rumah Terbuka 2010 telah dapat disempurnakan. Terima kasih kepada para pelajar Tuisyen Gunawanledang, Pelajar Pra-U SMKTM, Jiran tetangga dan Sahabat yang datang. Muga usia kita dilanjutkan dan berjumpa di tahun hadapan.

SEKOLAH HARAPAN ( GADIS MENGANDUNG ).

Image
Menurut kenyataan YAB Ketua Menteri Melaka, Sekolah Harapan, Rumah Harapan untuk gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah akan dibuka pada 17hb September ini. Jam 12.10 tengahari ketika saya lalu di depan sekolah ini, ada terlihat wartawan NTV7 ( 2 orang ) sedang membuat liputan berita tetapi kelibat orang tidak kelihatan. Kedudukan sekolah ini ialah pejabat lama Perbadanan Air Melaka, di atas bukit jalan ke SMK Datok Bendahara, Jasin. Setidak-tidaknya, KM Melaka cuba melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah pembuangan bayi dan bertambahnya kes anak-anak gadis Melayu yang termengandung. Yang lain, pandai bercakap sahaja, tapi tindakan tiada. Syabas KM Melaka dan semuga rancangan ini membuka mata banyak pihak.

DATUK SOSILAWATI

Image
Tiada apa yang lebih hot bulan ini apabila jutawan perempuan Melayu, Sosilawati dan 3 lagi mangsa dilaporkan hilang sejak 31 Ogos 2010. Kami tidak berani membuat andaian sendiri, walaubagaimanapun kami menyediakan kronologi kehilangan Sosilawati sejak hari Kemerdekaan Malaysia. 30 Ogos Sosilawati meninggalkan pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama peguam, pemandu peribadi dan seorang pegawai bank CIMB sebelum pergi ke Banting untuk urusan perniagaan. 31 Ogos 2010 Ahli keluarga keempat-empat mangsa membuat laporan polis setelah mendapati mereka gagal dihubungi. 2 September Sosilawati dan peguamnya dilihat kali terakhir membeli kerepek di Banting. Selain itu, polis turut menemui kereta perdana V6 yang dipercayai milik pegawai bank CIMB dekat tepi jalan di kawasan Petaling Jaya. 4 September Berita kehilangan empat individu itu disiarkan media. 6 September Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Flat Angsana USJ1 sementara kereta milik peguamnya dijumpai di se

DUIT BUKAN SEGALANYA.............

Tertarik dengan pandangan seorang pembaca dalam sebuah akhbar terkemuka semalam. Pembaca memberikan pendapatnya mengenai pemberian 'Angpau Raya' yang semestinya berbentuk wang. Dalam pendapat pembaca... dia mengatakan yang pemberian 'Angpau Raya' bukanlah budaya orang Islam. Kalau dulu... duit raya diberi tanpa sarung dengan jumlah nilai dalam lingkungan RM0.20 hingga RM1.00 tapi kini pemberian yang dibawah RM1.00 akan dicop sebagai kedekut. Kebanyakan anak kecil berharap memperolehi kandungan 'Angpau Raya' paling-paling kurang RM1.00 dan akan tersenyum gembira jika isinya lebih dari yang dijangka. Ini menjadi bebanan kepada pemberi duit raya dan sewajarnya budaya ini diHENTIkan.Pembaca tersebut memberi cadangan supaya duit raya diganti dengan pemberian ole-ole seperti coklat atau muffin. Seperti biasa setiap sesuatu ada pro dan kontranya. Terpulanglah pada niat. Kalau dulu... kebanyakan yang memberikan duit raya berniat untuk bersedekah kepada anak-anak keci

SELAMAT HARI MALAYSIA.

Image
Kepada semua warga Malaysia, SELAMAT HARI MALAYSIA. Semoga dengan hari memperingati pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ini mengukuhkan lagi semangat cintakan tanah air dalam sanubari kita bersama. Saya juga dengan gembiranya ingin mengucapkan .::: SELAMAT HARI RAYA :::. kepada semua umat Islam. semoga kemeriahan aidilfitri ini masih terasa sehinggalah hari terakhir dalam bulan Syawal kelak. Almaklumlah kita kan beraya sebulan. Sempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini, ingin sekali saya kongsikan gambar-gambar ‘menarik’ untuk menaikkan semangat kita dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat 1Malaysia yang merdeka dan bebas dari belenggu penjajahan fizikal dan pemikiran walaupun gambar-gambar di bawah ini mungkin dianggap sekadar gurauan dan bahan ketawa, namun apa salahnya kita melihat dari perspektif berbeza dan diimplementasikan pula dalam kehidupan kita untuk menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa walaupun seberat mana ujian d

DEMAM, TETAP BERAYA.

Image
Demam memang demam, tapi jalan juga bawa anak-anak. Rumah adik, Taufik Hj Yahya, Wartawan Harakah, Sungai Petai, Alor Gajah. Rumah kakak ipar, Bukit Rambai, Melaka. Anak buah isteri, sambung belajar / master di USM. Rumah kakak ipar. Rumah adik, Cikgu Khairul Anuar Hj Yahya.