BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

05 July 2010

AMY SEARCH TUNJUK LAMBANG IIIUMINATI

Apa motif Amy Search menunjukkan lambang kumpulan Illuminati semasa konsert DT di Johor Bahru tempoh hari? Kumpulan Illuminati merupakan kumpulan yang kebanyakkannya ahlinya terdiri daripada Yahudi yang ingin menguasai dunia melalui perjanjian New World Order. Malah lambang tersebut juga melambangkan simbol kepada Syaitan. Penulis tidak ingin menerangkan lebih lanjut mengenai Illuminati kerana pembaca sendiri boleh mencari bacaan-bacaan mengenai kumpulan ini menerusi Google.

Adakah Amy Search telah menyertai kumpulan ini? Baru buka perniagaan & tidak risau kes saman kerana ditaja kumpulan ini? Wallahualam.

Lambang berkaitan kumpulan Illuminati

LAWAK : ARIEL PETERPORN DGN GUNDIK2NYA

ZIZIE EZETTE DGN BUNGGG.......

Ini bukan sebarang gambar manje mereka berdua la geng. Ini baek punye sebab nampak sket lurah Zizie tu. Hehehe.

DATUK K LIAT BAYAR SAMAN.

Ha! Itu hari ramai kecoh Datuk Siti Nurhaliza liat bayar saman bernilai RM5,050. Rupa-rupanya suami dia pun 2×5′lah! Datuk K atau nama penuhnya Datuk Khalid b Mohd Jiwa pun liat jugak nak bayar saman kereta sejak tahun 2008 bernilai RM12,200. Walaupun saman Datuk K tidak sebanyak Siti Nurhaliza tetapi nilainya 2 kali ganda isterinya! Wakaka! Beli nombor plat sampai RM50 ribu, saman tak mampu bayar ke?

BUTIK MAWI EKIN DITUTUP ?

Gossip bertiup kencang dari arah selatan berkenaan penutupan butik Mawi iaitu ME World Collection di Danga Bay, Johor Bahru. Gossip ini dikirim kepada penulis apabila pengirim email tersebut mengatakan signboard ME World Collection di Danga Bay dikatakan sudah diturunkan dan tiada lagi di lokasi tersebut. Sama ada perniagaan yang dijalankan tidak begitu baik ataupun butik tersebut bertukar kepada lokasi yang baru, hanya Mawi yang akan jelaskan nanti.

04 July 2010

KATAK BESAR UNTUK DI MAKAN.

Lagi gambar katak untuk dimakan di bawah.


29 June 2010

MAJLIS PERKAHWINAN JIRAN INDIA




SKIN NB BARU

Pada 10 Jun yang lalu, aku telah ke Low Yatt, Kuala Lumpur. Tujuan untuk memasang skin NB yang baru. Harga..? RM99 dan ada tambah assesori seperti batu permata.


Aku bergambar di kereta Naza Citra dan bersebelahan dengan bilik kuliah MPPU.

26 June 2010

CONFIRM TIDAK HALAL.

It was the bark of poison, and therefore that’s what … Blood poured into a plate of ginger. Then, add the ice … .. And vodka. Bon Appetit!










KALOO BINATANG ADA FACE BOOK.

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak :
Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk :
Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes:
Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam:
Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak :
isteriku tersepit pintu

Kucing Betina:
"Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam :
Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk:
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak :
Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing:
Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus:
Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak :
malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular :
rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing:
Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda:
Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi:
Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak:
Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua:
Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan:
susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera:
semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus:
Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat:
Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong;
Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing :
update petang karang tepat jam
5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun. ..

lipas :
merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati :
hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga:
Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang;
Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung:
Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat:
Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis:
Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana:
Cantik tak sisik I? Cantik
kan ?

Ikan Mas Koki
: macam mana nak kurus nie?

23 June 2010

......ADA AKU KESAH...(gaya Azwan Ali sikittt.....)

memey suhaiza

Kami tak tahu apa yang bakal terjadi dengan anda, tapi kami hampir-hampir muntah darah apabila membaca kata-kata Memey Suhaiza nie:-

Sudah sampai masanya untuk saya berkongsi kebahagiaan ini bersama masyarakat di luar, cinta saya dan abang Norman bukan lagi rahsia.


Satu jer kami nak cakap. Ada aku kesah ~~~~~~~~~~~ (gaya Azwan Ali sikit). Sekian terima kasih.

P.S: Kami hampir muntah darah kerana terharu dengan kejiwangan Memey yang sebelum nie tak pernah nak mengaku bercinta dengan Abang Norman. Konon poyo teman tapi mesra. Tup-tup nak satu Malaysia tahu yang dia bercinta ngan Abang Norm dia tue. Memang kami tak kisah pun ~~~

MANOHARA.

gambar terbaru manohara

Kat Malaysia kita sibuk-sibuk masuk mahkamah nak suruh Mahohara bayar denda, dia rileks je pergi parti sana sini. Aih. Memang tak ada impak apa-apa kot kat si Manohara nie. Makin happy lagi ada la. Siap leh berpeluk-pelukan lagi ngan lelaki mana ntah. Padahal masih bini orang.

Sila bawak balik minah Manohara nie dan jatuhkan hukuman yang sepatutnya. Nanti makin ramai la orang Indonesia kat luar sana buat tak peduli je kat kita. Dahlah skang nie pun datang Malaysia nie pun dah banyak buat hal. Memang diorang nie dasar tak kenang budi kot?

Lagi gambar terbaru Manohara yang riang-ria berfoya-foya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Ada lagi banyak gambar yang tak dikongsi lagi. Kalau nak lagi sila komen dan bagitau anda nak kami keluarkan gambar tue.

KCT 1 - SITI NURHALIZA MEMANG KAYOoo..

kct 1 seratus ribu

Tercengang sekejap dibuatnya. Kalau dah namanya orang kaya, nombor plat kereta berharga RM100,000 pun sanggup dibeli. Mungkin ada nilai nostalgia untuk nombor plat KCT 1. Sebab itu Dato’ Siti Nurhaliza tanpa segan silu membida RM100,000 untuk plat kereta tersebut.

Tapi apa salahnya kan? Kalau dah mampu dan menggunakan duit sendiri, plat kereta RM1 juta pun kami tak kisah. Yang penting tak menyusahkan orang lain. Sebenarnya kami sedikit cemburu dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Nampak seperti RM100,000 tue sangat sikit nilainya di mata beliau.

Kalau kamilah ada RM100,000 tak ada kerja nak beli plat kereta guna duit tue. Tapi seperti yang kami cakapkan sebelum nie, itu duit Dato’ Siti Nurhaliza. Duit banyak-banyak kalau tak guna pun apa pekdahnya kan? Yang penting dia happy dan dia dapat apa dia nak. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

ARIEL PETERPAN vs ARIEL PETERPORN

ariel peterpan bersalah

Apakah gelaran yang paling sesuai untuk Ariel Peterpan? Ariel Peterporn? Ariel Pria Terhebat? Ariel Jantan Tertangguh? Semuanya layak belaka sebab pihak polis Indonesia dah pun sahkan Ariel Peterpan selaku pelakon dalam video seks bersama Luna Maya dan Cut Tari. You the man bro ~~~

Tapi yang peliknya Luna Maya dan Cut Tari hanya akan dipanggil sebagai saksi sahaja untuk kes nie. Ariel pulak dah masuk dalam lokap. Misteri gak kitaorang sebab apa Luna Maya dan Cut Tari jadi saksi je. Padahal orang cakap muka Ariel tak ada la nampak sangat dalam video-video tue. Paling jelas muka Luna Maya ngan Cut Tari. Ada konspirasi jatuhkan Ariel ke?

Cut Tari dan Luna Maya sampai sekarang nie tak muncul-muncul lagi untuk pemeriksaan lebih lanjut. Ariel plak dah start sakit-sakit sebab tak biasa masuk lokap. Nampak gayanya memang akan hancur terus karier Ariel kalau disahkan bersalah. Itulah sapa suruh rakam video seks. Kan dah kantoi. Wat malu diri sendiri je.

Dan kalau betullah ada 32 lagi klip video seks Ariel bersama artis-artis lain, lu memang pria terhebat kami pernah dengar. Kalah Edison Chen dan Tiger Woods. Diorang patut pergi belajar ngan Ariel.

PELANCONGAN PENDIDIKAN

Produk pelancongan berkonsepkan rekreasi pendidikan, berpotensi tinggi untuk dikembangkan di negeri ini memandangkan keindahan alam semulajadi yang luas dan terpelihara serta amat sesuai untuk aktiviti riadah.

Konsep pelancongan menggabungkan rekreasi dan pendidikan merupakan aktiviti yang amat popular di kalangan masyarakat Barat yang dikenali sebagai summer camp atau team building yang menjadi program musim cuti bertujuan membentuk keperibadian individu.

Kini ia semakin popular di negara ini kerana memberi kesan positif kepada masyarakat khususnya golongan pelajar dan belia untuk melancong sambil beriadah serta menjalankan aktiviti motivasi diri di lokasi yang jauh daripada kesibukan kota seperti di hutan dan perkampungan.

Pengarah Pelancongan Malaysia cawangan Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, konsep pelancongan seumpama itu semakin mendapat permintaan ketika ini berikutan meningkatnya kesedaran masyarakat terhadap motivasi diri melalui aktiviti pelancongan.

"Justeru program rekreasi tertentu akan dianjurkan dengan melancong ke sesuatu lokasi seperti hutan lipur, taman negara, pulau dan hutan simpan untuk beriadah sambil diterapkan dengan pelbagai elemen pendidikan.

"Dengan berkembangnya trend pelancongan seperti itu, secara tidak langsung ia turut meningkatkan permintaan terhadap lokasi dan infrastruktur bersesuaian bagi memenuhi keperluan kumpulan pelancong terbabit.

"Ia amat berpotensi kepada pengusaha pelancongan di luar bandar seperti di Kampung Janda Baik untuk memanfaatkan pelancongan ini dengan fokus terhadap aktiviti riadah ekopelancongan seperti hutan, bukit, sungai dan air terjun," katanya.

Menurutnya, aktiviti yang menjadi tumpuan pelancongan rekreasi pendidikan adalah seperti meredah hutan, berakit, berkayak, mendaki bukit atau menuruni jurang, perkhemahan dan sesi pengenalan spesies flora dan fauna.

''Kebanyakan pelancong dari kumpulan seperti ini tidak terlalu mementingkan aspek kemudahan penginapan yang sempurna kerana mereka inginkan sesuatu persekitaran yang lebih semulajadi dan mencabar khususnya kepada golongan pelajar universiti," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Amran, pihaknya amat menyokong aktiviti pelancongan sedemikian kerana program pelancongan pelajar merupakan sebahagian daripada tumpuan promosi Pelancongan Malaysia dalam mengembangkan pendidikan pelancongan kepada masyarakat.

Bagaimanapun, beliau menasihati individu yang mengusahakan produk pelancongan seumpama itu supaya memastikan mereka menjalankan perniagaan tersebut secara profesional dengan mendaftar dan mendapatkan kelulusan daripada pihak berkaitan supaya tidak timbul sebarang isu membabitkan pelancong.

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.


1. Peta taburan lokasi kegiatan industri perkilangan di Malaysia.

2. Taburan lokasi industri perkilangan di Malaysia.

a. Lembah Kelang (Shah Alam, Petaling jaya, Kelang ),
b. Luar Lembah kelang (Bandar Baru Bangi, Kajang Teluk Panglima garang, Rawang )
c. Bayan Lepas, Perai, Mak Mandin (Pulau Pinang )
d. Sungai Petani, Mergong dan Kulim (Kedah)
e. Lembah Kinta, Kemunting dan Tanjung Maling,Perak
f. Paka – Kerteh (Terengganu)
g. Gebeng, Semambu dan Bentong (Pahang)
h. Pasir Gudang, Larkin, Tampoi dan Batu Pahat (Johor)
i. Senawang (Negeri Sembilan )
j. Air Keroh (Melaka)
k. Bintulu (Sarawak)
l. Likas, Kok Kawi dan Kota Kinabalu (Sabah)
m. Pengkalan Chepa (Kelantan)

3. Jenis-jenis industri perkilangan di Malaysia.

i.) Industri memproses

Contoh :
Industri memproses kelapa sawit dan getah asli, memproses koko, lada
hitam, minyak kelapa sserta industri memproses kayu balak dan kilang
perabut.

ii.) Industri pembuatan

Contoh :
a. Industri bukan berasaskan sumber
1. Industri barangan elektrik dan elektronik ( radio, lampu,
komputer)
2. Industri automotif (kereta Proton waja, Perodua Kancil)

b. Industri berasaskan sumber

1. Industri berasaskan kayu (kayu lapis, perabut, bot)
2. Industri berasaskan getah (tayar, tilam ,sarung tangan)
3. Industri berasaskan kelapa sawit (minyak masak, sabun)
4. Industri menapis petroleum dan mencair gas asli
(petrol,diesel dan gas, minyak pesawat, minyak tar.)
5. Industri berasaskan kimia (cat, bahan pencucui baja pertanian)
6. Industri makanan dan minuman (makanan dalam tin, minuman,
rempah ).

4. Huraikan maksud industri berikut:

i) Industri Primer / Industri memproses

Industri peringkat pertama merujuk kepada industri memproses bahan
mentah dari sektor pertanian, perhutanan, perikanan dan perlombongan.
Contohnya industri memproses kelapa sawit dan getah asli, memproses
koko, lada hitam, minyak kelapa serta industri memproses kayu balak dan
kilang perabut.


ii) Industri Sekunder / Industri Pembuatan.

Industri peringkat kedua atau industri pembuatan melibatkan proses
penukaran bahan mentah menjadi barangan siap dan separa siap.
Industri pembuatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu;

a. Industri pembuatan berasaskan sumber alam contohnya industri
pembuatan sabun. Majerin, minyak masak dari minyak sawit yang
telah diproses.Industri pembuatan sarung tangan, dantayar dari getah
asli. Industri petrokimia, racun serangga, pembuatan cat dari sumber
gas asli.

b. Industri pembuatan bukan berasaskan sumber alam, contohnya
industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik serta industri
automatif.


iii) Industri Tertier

Merupakan jenis industri yang menyediakan segala jenis perkhidmatan kepada pelanggan. Contohnya industri pengangkutan dan telekomunikasi, sektor pelancongan, sektor pembinaan yang menyediakan perumahan dan infrastuktur, sektor kewangan dan bank dan sebagainya.

iv) Industri berat

Iaitu industri yang memerlukan modal yang besar, teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai.

v) Industri Kecil dan sederhana.

Industri/kilang yang mempunyai keupayaan modal kurang daripada RM 500 000 dikelaskan sebagai industri kecil dan kilang yang mempunyai modal RM 500 000 hingga RM 2.5 juta dikelaskan sebagi industri sederhana.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pesat sektor perkilangan di
Malaysia @ kelebihan Malaysia dalam menjana perkembangan pesat sektor
perindustrian.

Kemerosotan dalam sumbangan komoditi utama seperti sektor pertanian, pembalakan dan perlombongan bijih timah relatif dengan sektor perkilangan.sumbangan KDNK sebelum 1990 adalah dari keluaran komoditi utama. Kini peranan tersebut telah diambil alih oleh sektor perkilangan terutama sektor pembuatan.Keadaan ini bukan bererti pengeluaran komoditi utama merosot tetapi disebabkan peratus pengeluaran lebih kecil dibandingkan dengan sumbangan sektor perkilangan.

Faktor dasar atau polisi kerajaan . Sektor perkilangan telah dikembangkan dengan mengadakan pomosi, galakan pelaburan, pemberian taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), dan lain-lain intensif disamping memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan. Dengan adanya galakan-galakan ini, pelaburan dari luar negara dan dalam negara kian meningkat dalam sektor perkilangan dan telah memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia.

Faktos modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor industri perkilangan di Malaysia. Kestabilan politik jangka panjang telah menarik kemasukkan modal asing untuk melabur didalam pelbagai jenis industri perkilangan di Malaysia. Dana tempatan pula daripada pinjaman kerajaan dan intitusi kewangan setempat juga semakin meningkat. Kilang-kilang dapat didirikan di jaluran atau koridor industri pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia dengan modal yang ada.

Faktor teknologi. Dengan adanya kemajuan teknologi, pemindahan teknologi, kepakaran, dan R&D dibidang perkilangan dalam pelbagai peringkat pengeluaran akan mengembangkan sektor ini. Peningkatan teknologi ini membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang tinggi di pasaran.

Faktor buruh. Penawaran buruh tempatan yang murah dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator pengeluaran menjadi daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian. Penawaran buruh yang murah akan menjimatkan kos pengeluaran perindustrian. Penawaran buruh murah di Malaysia, adalah dari kalangan penduduk muda yang menjadi sebahagian besar komposisi penduduk Malaysia. Contonya kilang-kilang elektronik banyak menggunakan tenaga buruh wanita sebagi operator pengeluaran.

Faktor pasaran. Saiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi perkembangan sektor perkilangan. Pasaran pula bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna serta kualiti barangan industri yang dikeluarkan. Keluaran barangan industri di Malaysia bukan sahaja berkualiti malaah begitu kompetetif untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Contohnya Malaysia menjadi pengeluaran terbesar alat hawa dingin di dunia dan mendapat pasaran yang cukup baik di negara-negara timur tengah. Produk yang lain juga telah berjaya dipasarkan dengan meluas di Amerika Syarikat, pasaran negara Eropah dan lain-lain.

6. Faktor / peranan kerajaan dalam membangunkan sektor perindustrian di
Malaysia
.


Mengadakan promosi. Langkah memperhebatkan promosi, menggalakkan kemasukkan pelabur, pemberian skim intensif seperti pemberian taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), melengkapkan prasarana, pengangkutan dan komunikasi, pelabuhan pembandaran dan menawarkan bekalan bahan mentah yang mencukupi.

Melalui dasar kerajaan di mana kerajaan telah mengubah tumpuan ekonomi negara daripada pertanian atau sektor primer kepada industri. Perubahan ini selaras dengan keperluan pembangunan negara agar tidak terlalu bergantung kepada komoditi utama semata-mata. Justeru peruntukan belanjawan negara lebih banyak diberi untuk mempercepatkan pertumbuhan industri perkilangan khususnya industri gantian import dan industri berorientasikan eksport. Kerajaan secara khusus menyediakan Plan Induk Perindustrian negara.

Kerajaan menyediakan sumber tenaga buruh yang mencukupi bagi menjana perkembangan sektor perindustrian negara. Keperluan guna tenaga untuk industri dirancang dan disediakan dengan baik. Bekalan tenaga buruh yang banyak dan murah menjadi tarikan utama pelabur-pelabur luar membuka industri di Malaysia. Keperluan tenaga mahir sentiasa ditingkatkan menerusi pelbagai skim latihan kepakaran (HRD), pengambilan pelajar jurusan sains ke IPT ditambah, R&D sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan untuk meningkatkan produk industri yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Menjaga kestabilan politik. Kerajaan memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan politik dalam jangka masa yang panjang dan menjamin keamanan dalam negara dikekalkan. Keadaan ini penting untuk mewujudkan iklim pelaburan yang sihat bagi menyakinkan para pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama utama. Kerajaan juga bertindak dalam mewujudkan jalinan dan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara luar dalam pelbagai bidang khususnya perindustrian.

7.Faktor – faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan industri
di Malaysia
.

1. Kesan dasar penjajahan . Penjajahan terlalu menumpukan pembangunan khususnya pembangunan industri dan pembandaran di kawasan pantai barat Semenanjung atas dasar sumber bahan mentah iaitu bijih timah dan getah yang banyak terdapat di kawasan pantai barat ketika itu.Oleh sebab itu infrastruktur fizikal ,kemudahan pembandaran ,tenaga buruh yang ramai dan murah sudah sedia wujud di kawasan pantai barat. Faktor – faktor ini telah menjadi tarikan untuk kilang – kilang dilokasikan di kawasan berkenaan.

2. Proses urbanisasi yang tidak seimbang yang berlaku antara wilayah – wilayah di Malaysia.Didapati bandar – bandar besar dan moden terlonggok di koridor pantai barat.Bandar – bandar seperti Kuala Lumpur ,Ipoh ,Seremban,George Town dan Johor Bahru semuanya terletak di koridor pantai barat. Bandar – bandar ini sudah lama dan amat pesat membangun berbanding dengan bandar – bandar yang terletak di pantai timur atau tengah semenanjung. Faktor kemajuan bandar amat penting untuk menarik industrik melonggok kearahnya atas sebab kemudahan yang sedia ada ,pasaran yang luas dan juga tenaga kerja yang mudah diperolehi.

3. Kemajuan sistem pengangkutan dan kepadatan jaringannya yang tidak sama antara negeri dan wilayah di Malaysia. Kawasan pantai barat mempunyai sistem pengangkutan yang maju ,jaringan jalan raya ,jalan keratapi yang padat serta kemudahan pelabuhan yang lebih baik seperti Pelabuhan Kelang ,Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Industri lebih cenderung bertumpu di kawasan yang maju dari segi sistem pengangkutan dan perhubungannya kerana ia boleh menjimatkan kos pengeluaran ,memendekkan masa perjalanan ,mudah sampai khususnya ke pelabuhan bagi tujuan urus niaga import dan eksport.

4. Taburan penduduk yang tidak seimbang di Malaysia antara bandar dan luar bandar.Bandar-bandar besar biasanya berpenduduk padat.Industri akan tertarik kepadanya atas sebab penawaran tenaga buruh yang banyak dan juga saiz pasaran yang luas. Justeru itu,kilang-kilang berorentasikan buruh seperti kilang elektronik banyak ditempatkan di bandar – bandar besar.Berbeza dengan kawasan luar bandar yang kekurangan penduduk dan kekurangan penawaran buruh .Hal ini menyebabkan pertumbuhan industrinya amat perlahan dan hanya tertumpu kepada kilang memproses sahaja.

8. Faktor-faktor yang mempengaruhi penyerakan taburan industri di Malaysia

1.Penyerakan industri bertujuan untuk mengurangkan tekanan terhadap tanah di kawasan Bandar .Penyerakan industri biasanya berlaku daripada kawasan Bandar yang telah padat ke kawasan pinggir atau kawasan luar Bandar.Ini adalah kerana kawasan Bandar telah terlalu padat dan sesak ,yang akhirnya mewujudkan saingan guna tanah di Bandar yang menyebabkan harga tanah menjadi terlalu mahal dan tidak ekonomik untuk dibangunkan dengan kegiatan industri.Oleh itu kawasan pinggir Bandar atau luar Bandar yang masih mempunyai tapak atau tanah yang luas dan murah terpaksa di buka untuk cawangan kilang tersebut.

2.Mengurangkan pencemaran di kawasan Bandar merupakan salah satu faktor menyababkan penyerakkan industri. Ini adalah kerana kadar pencemaran udara,air dan bunyi semakin serius di kawasan perindustrian terutamnya kawasan perindustrian utama seperti Shah Alam dan Petaling Jaya.Oleh itu bagi mengurangkan pencemaran kilang yang sedia ada atau cawangannya digalakkan untuk berpindah ke kawasan luar Bandar yang masih rendah tahap pencemarannya.

3.Faktor seterusnya adalah untuk mewujudkan pembangunan seimbang antara Bandar dan luar Bandar.Dengan adanya penyerakkanindustri ke kawasan luar Bandar ia akan mengubah corak ekonomi luar Bandar menjadi lebih maju dan moden seterusnya sumber-sumber pengeluaran di kawasan luar Bandar dapat dibangunkan dengan sepenuhnya melalui industri-industri memprosesbahan mentah seperti kelapa sawit dan getah.

4.Penyerakan industri ke luar bandar juga bertujuan untuk mengurangkan aliran migrasi daripada luar bandar ke bandar.Dengan terbinanya kilang-kilang di kawasan luar Bandar penduduk tidak lagi perlu berhijrah ke Bandar kerana telah mempunyai peluang pekerjaan yang luas di kawasan luar Bandar.contohnya dalam sektor perindustrian elektrik dan elektronik memerlukan pekerja yang ramai.

5.Penyerakan industri juga bertujuan untuk memajukan ekonomi setempat.Melalui penyerakan industri ke kawasan luar Bandar ia dapat mengembangkan pembangunan ekonomi setempat dan seterusnya mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar Bandar.Ia dapat mempelbagaikan sumber ekonomi penduduk luar Bandar dan dapat berubah corak daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi moden dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

6. Penyerakan ini juga dapat mempercepatkan pembangunan social dan kemudahan-kemudahan asas di kawasan luar Bandar seperti kemudahan jalan raya yang sistematik,air,sekolah,hospital dan sebagainya.Ini memandangkan kegiatan industri memerlukan kemudahan yang lengkap untuk membawa masuk bahan mentah dan untuk memasarkan barangan kepada pengguna dan seterusnya kemudahan kepada pekerja-pekerjanya.

9. Tahap-tahap perkembangan sektor perindustrian di Malaysia.

Perindustrian di Malaysia berlaku dalam tempoh empat tahap:

1. Tahap 1 : industri pada era 60an dan 70 an. Pada tahap ini perkembangan industri lebih tertumpu kepada industri memproses sumber-sumber bahan mentah terutamanya daripada hasil pertanian seperti getah,kelapa sawit dan kayu balak. Pada masa ini masa ini kita lebih banyak mengeksport bahan mentah seperti minyak sawit mentah dan getah keping manakala barangan siap pula diimport daripada negara lain. Industri memproses ini boleh berkembang dengan pesat kerana potensi pengeluaran bahan mentah yang tinggi dalam negara.

2. Tahap 2: industri era 80an.Pada masa ini sektpr perindustrian negara telah mengalami peralihan kepada gantian eksport dengan barang-barang keluaran sendiri untuk kegunaan dalam negara.kerajaan telah menukar konsep perindustrian kepada industri gantian import.Bermula dalam era ini keluaran primer tidak lagi dieksport sepenuhnya tetapi diproses menjadibarangan separa siap dan siapuntuk kegunaan dalam negara.Industri telah berkembang dengan pesat bagi mengantikan barangan import seperti kilang lilin,tayar,minyak masak dan lain-lain.

3. Tahap3:era 90an merupakan tahun yang menunjukkan perubahan ketara dalam perkembangan industri di Malaysia.Industri pada masa ini lebih tertumpu kepada industri berasaskan eksport serta mula melibatkan diri dalam industri berteknologi tinggi.Industri pembuatan terus berkembang dan tidak hanya bergantung kepada sektor pembuatan berasaskan sumber sahaja contohnya seperti industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik sehingga mendominasi pasaran eksport negara. Pada era ini juga negara mula menceburkan diri dalam bidang automotif dan HICOM telah ditubuhkan serta telah berjaya mengeluarkan kereta nasional yang pertama yang dinamakan sebagi Proton.

4. Tahap 4: Era 2000 hingga kini.Pada masa ini kegiatan perindustrian negara telah menumpukan kepada industri berteraskan elektrik dan elektronik serta automotif. Pellbagai produk automotif yang telah dihasilkan pada masa ini seperti Proton,Perodua,Kenari,Kelisa ,Waja dan sebagainya.Syarikat makin berkembang dan berjaya mengeluarkan kenderaan lain seperti trak dan kereta perisaiuntuk kegunaan ATM.Kini Malaysia turut memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi dan kerajaan telah berjaya membangunkan Multimedia super koridor dan telah menarik ramai pelabur – pelabur daripada syarikat telekomunikasi untuk melaburkan modal dalam MSC.Era 2000 ini turut menunjukkan perkembangan dan peningkatan dalam bidang R&D dan negara telah berjaya menghasilkan produk yang tinggi setanding dengan barangan import dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

10. Kepentingan sektor perkilangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

1. Sektor perkilangan dapat menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk setempat dalam pelbagai peringkat dalam kerja perindustrian seperti pemprosesan , pengeluaran,pemasangan dan lain – lain.Ianya akan dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk, sebagai contoh sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, tekstil menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk di kawasan terebut.

2. Sektor perindustrian menyumbang kepada pendapatan negara dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Kasar Dalam Negara(KDNK).Ianya akan menjadikan ekonomi negara lebih kukuh.Selain itu ia akan turut menyumbang kepada pendapatan eksport negara dan seterusnya dapat memperbaiki defisit imbangan dagangan negara.Contoh barangan yang banyak di eksport seperti kereta nasional,alat penghawa dingin dan lain-lain.

3. Membantu perkembangan teknologi dan R&D dalam negara.,Melalui pemindahan teknologi,kepakaran dan mobiliti buruh mahir serta dapat mempercepatkan program pembangunan dan penyelidikan . Industri perkilangan bergantung kepada HITEC dan inovasi – inovasi baru untuk kekal dalam pasaran antarabangsasebagai contoh Malaysia mendapat pemindahan teknologi dan kemahiran tinggi daripada negara Jepun dan Jerman.

4. Membantu perkembangan industri yang berkaitan (industri hiliran) seperti sektor perkhidmatan ,telekomunikasi dan lain-lain.Industri perkilangan bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor-sektor yang berkaitan dengannya sebagai contoh industri pembuatan minyak masak ,sabun dan lilin akan membantu perkembangan industri memproses minyak sawit.

5. Memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk tempatan.Malaysia banyak barangan terutama keluaran perkilangan berkaitan barangan elektrik,elektronik menembusi pasaran antarabangsa seperti ASEAN dan APEC.Dengan cara ini Malaysia dapat memperolehi keuntungan yang lebih banyak.Ianya menyebabkan saiz pasaran dalam negara juga berkembang pesat.

6. Mempercepatkan pembangunan fizikal dalam negara seperti pembangunan infrastruktur,pembangunan kemudahan sosial dan sebagainya.Kewujudan kawasan kilang dapat menyediakan pelbagai kemudahan asa kepada penduduk seperti perumahan ,perkhidmatan dan perhubungan .ianya juga mewujudkan bandar industri seperti bandar baru Nilai dan Shah Alam.Begitu juga dengan lebuh raya KESAS untuk mempercepatkan pengangkutan barangan industri daripada Shah Alam.

7. Teras pogram pembangunan pembangunan dan membantu keseimbangan antara wilayah .Melalui pembinaan kilang turut meujudkan kawasan bandar-bandar baru .Di Malaysia banyak terdapat kawasan industri bertukar menjadi bandar baru seperti Bandar Nilai,bandar raya Shah Alam,Petaling Jaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lengkap.

11. Masalah-masalah yang dihadapi untuk pembangunan sektor perindustrian.

1. Masalah kekurangan modal atau kredit yang tidak mencukupi untuk menjalankan operasi kilang secara besar-besaran dan berdaya saing .Ia merupakan masalah yang utama.Ini menyebabkan sebahagian besar modal untuk menjalankan sektor perindustrian adalah bergantung kepada pemodal asing.Kekurangan modal ini adalah disebabkan olehsukar mendapat pinjaman kredit daripada bank tempatan dan keuntungan pusingan modal yang berpunca daripada kadar pulangan dan keuntungan yang rendah.

2. Kekurangan tenaga mahir yang mana mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir @ berpendidikan yang lebih tinggi.Persaingan yang ujud bukan hanya dengan firma-firma besar dari luar negara tetapitetapi juga sektor-sektor lain dalam negaraKekurangan pekerja mahir menyebabkan sektor perkilangan tidak mampu mengeluarkan produk-produk yang lebih berkualitidan berdaya saing menyebabkan produk keluaran negara Malaysia di pasaran menjadi lemah.

3. Masalah kekurangan bahan mentah adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan mentah di pasaran.Ini adalah kerana apabila bahan mentah berkurangan ia akan menyebabkn berlakunya peningkatan harga bahan mentah di pasaran dan seterusnya meningkatkan kos pengeluaran.Kekurangan bahan mentah adalah disebabkan oleh bahan mentah yang memang tidak mencukupi untuk menampung permintaan dalam pasaran tempatan menyebabkan bahan mentah tidak dapat dibekalkan dengan segera dan menganggu operasi kilang.

4. Masalah harga di pasaran antarabangsa timbul disebabkan oleh produk kilang yang kurang berkualiti dan kurang daya saing berbanding dengan produk kilang daripada negara lain.Keadaan ini adalah disebabkan oleh penggunaan teknologi yang rendah dan bahan tidak bermutu serta rekabentuk yang tidak menarik.Ianya menyebabkan harga pasaran produk menjadi rendah dan pengeluaran syarikat menjadi merosot Masalah harga juga disebabkan oleh persaingan produk dengan produk-produk yang lebih baik dari negara lain.

5. Masalah kekurangan infrastruktur.Kemajuan perusahaan perkilangan juga bergantung kepada faktor –faktor sokongan .Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan industri terbantut.Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah sukar di bawa masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran dengan cepat dan berkesan.Ini merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu adalah barangan yang cepat rosak.

6. Masalah ketidakstabilan politik Keadaan politik yang kucar – kacir juga akan membantutkan perkembangan perkilangan.Ini disebabkan pelabur-pelabur asing tidak akan mengambil risiko di negara yang tidak stabil politik. Corak pemerintahan samada demokrasi,soaialis dan komunis juga akan mempengaruhi perkembangan perusahaan.

12.Program pembangunan industri.

1. Menggalakkan kemasukan pelabur asing. Ianya dibuat melalui pemberian taraf perintis di antara 5 tahun sehingga 10 tahun. Pemberian taraf perintis ini membolehkan pelabur tempatan dan pelabur asing yang menceburi bidang baru akan mendapat pengecualian separuh bayaran cukai dalam tempoh lima tahun pertama.Memandangkan keadaan sektor perindustrian yang ada kini adalah digerakkan oleh pelabur asing sama ada dari Jepun,Korea ,Taiwan ,Amerika Syarikat dan Negara – negara Eropah.Walaubagaimanapun keadaan ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada ekonomi negara terutama apabila berlaku kegawatan ekonomi yang akan menyebabkan ramai pelabur yang hilang keyakinan dan menarik keluar pelaburan ke negara lain.

2. Stetegi kerajaan untuk memajukan industri ialah dengan menggubal Plan Induk Perindustrian Negara(PIP).Memerikan taraf perintis dan menubuhkan zon perdagangan bebas (FTZ) yang mana ianya ditubuhkan melalui kaedah pemberian insentif dan kemudahan kredit serta prasarana jika pelabur melokasikan kilang mereka di kawasan yang ditetapkan seperti di kawasan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas,Pulau Pinang. Seterusnya kerajaan mengambil langkah mengenakan tarif kepada barangan import bagi melindungi pembuatan produk keluaran Malaysia.

3. Meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan(R&D). Pembangunan R&D dilaksanakan melalui cara pemindahan teknologi,perkongsian kepakaran , latihan lanjutan ,pinjaman tenaga pakardan sebagainya.Bidang R&D ini amat penting untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan bagi mengekalkan daya saing dipasaran antarabangsa memandangkan citarasa pengguna @pelanggan yang semakin berubah.Contohnya R&D dalam reka bentuk, sistem enjin dan aksesori kerta Proton yang di kemas kini dari semasa ke semasa.

4. Memberi bantuan modal,subsidi dan khidmat nasihat. Ianya khusus kepad pelabur tempatan di bawah skim IKS.Pelbagai kemudahan diberikan seperti Tabung Ushawan Kecil (TIKS) yang memberikan bantuan modal dan khidmat bimbingan pengurusan.Kerajaan juga talah menubuhkan Syarikat Pemodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF) untuk menambahkan dana atau modal tempatan. Ianya bertanggungjawab menawarkan kemudahan kredit kepada sektor pembuatan seperti pinjaman modal,pinjaman ekuiti,pinjaman untuk membeli menyewa kilang dan mesin.

5. Meluaskan pasaran antarabangsa dengan menjalinkan hubungan yang kukuh dan erat bagi mewujudkan sistem pasaran yang adil,telus dan liberal seperti di dalam AFTA dan APEC. Keajaan juga sentiasa meneroka pasaran –pasaran baru seperti Timur Tengah dan Benua Afrika.Kerajaan turut menubuhkan MATRADE yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pasaran baru khusus bagi memasarkan keluaran barangan kilang Malaysia.

6. Kemudahan fizikal dan infrastruktur telah ditingkatkan pembangunannya.Antara kemudahan fizikal yang disediakan ialah sistem jaringan jalan raya yang cekap dan sistematik,sistem telekomunikasi,bekalan air,tenaga elektrik dan sebagainya dibina untuk melancarkan program pembangunan sektor perindustrian negara.Di samping itu kerajaan turut mewujudkan Zon Perdagangan Bebas(FTZ)dan kawasan estet perindustrian sebagai usaha menarik pelabur menanam modal kerana dikawasan tersebut disediakan oleh kerajaan seperti penawaran buruh murah sumber bahan mentah yang banyak dan kemudahan asas yang lengkap.

13. AGLOMERASI INDUSTRI:

Suatu proses penglokasian industri yang dirancang,dilengkapi kemudahan utiliti dan pengangkutan, mengandungi pelbagai jenis industri saling yang saling bergantung antara satu sama lain supaya berdekatan antara satu sama lain atau ditempatkan di satu kawasan yang sama untuk memperolehi faedah bersama. Contohnya Shah Alam- Petaling Jaya.

14. ESTET INDUSTRI :

Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri di sesuatu tempat yang telah dikhaskan oleh kerajaan yang dilengkapi kemudahan utiliti dan pengangkutan untuk memperolehi faedah ekonomi bidangan. Kawasan ini terletak di lingkungan zon perdagangan bebas (FTZ). Estet perindustrian mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri iaitu:

a) Kawasan tersebut menempatkan kilang-kilang yang saling berkait atau saling bergantung antara satu sama lain pada lokasi yang berdekatan. Contohnya industri membuat kereta PROTON di Batu Tiga Shah Alam, Selangor yang di sekitarnya terdapat kilang membuat tayar (Good Year), industri cat (Berger), kilang aksesori dan alat ganti.

b) Kilang-kilang berkenaan diletakkan berhampiran dan berdekatan atas berbagai tujuan seperti menjimatkan kos pengangkutan input dan output (jarak dekat), pertukaran buruh dsb.

c) Memudahkan perkongsian dan kerjasama dari segi pasaran, maklumat, kepakaran dan kemahiran, teknologi dan R&D (faedah ekonomi bidangan).

15. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AGLOMERASI INDUSTRI

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengelompokan industri, antaranya ialah :
i. Dasar kerajaan yang menyediakan kawasan/tapak khas untuk industri diletakkan secara berkelompok seperti di FTZ yang dilengkapi dengan utiliti, pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu industri -industri akan tertarik dan tertumpu di kawasan berkenaan kerana tidak perlu lagi menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

ii. Menyeimbangkan pembangunan antara kawasan ekonomi maju dengan kawasan membangun dan mempelbagaikan ekonomi sesuatu kawasan yang selama ini banyak bergantung kepada ekonomi ekstraktif.

iii. Pengezonan semula guna tanah khususnya di bandar yang sudah padat dan tepu bina
iv. Memperolehi keuntungan daripada perkongsian kepakaran dan teknologi. Bagi sesetengah industri berkemungkinan memerlukan kepakaran dan teknologi yang sama.

v. Penjimatan kos. Kos untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti akan menjadi lebih rendah kerana pengelompokan pelbagai jenis industri di kawasan yang sama. Misalnya industri pembuatan kereta diletakkan berdekatan dengan industri pembuatan tayar dan industri pembuatan cat, aksesori dan alat ganti. Kos pengangkutan (bahan mentah dan produk) juga dapat dijimatkan dengan pengelompokan industri . Kos pengeluaran adalah berkadar langsung dengan jarak yang boleh mempengaruhi perletakan industri samada berkelompok atau berselerak.

vi. Pasaran dan buruh. Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai akan menawarkan tenaga buruh yang mudah dan pasaran yang luas. Di Bandar besar juga mudah untuk memperolehi tenaga buruh yang mahir dan terlatih misalnya di UM, UKM, UPM, kolej, Institut kemahiran dsb. Pasaran lebih luas kerana saiz pasaran yang luas dan kuasa beli yang tinggi.

vii. Untuk memperolehi keuntungan daripada perkongsian kemudahan asas seperti gudang penyimpanan (storage), tempat pelupusan/rawatan sisa, perkongsian kemudahan perkhidmatan seperti banking, komunikasi, pengangkutan, insurans dsb.

viii. Memperolehi pelepasan tariff tertentu. Kawasan pengelompokan industri biasanya dijadikan kawasan bebas cukai, justeru industri-industri akan tertarik untuk berkelompok bagi memperolehi faedah pelepasan cukai seperti pemberian taraf perintis dan kemudahan-kemudahan fizikal yang lain.

16. KESAN-KESAN PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN KE ATAS KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKAL BERIKUT :

i. LITOSFERA

Pembuangan sisa toksik dan bahan radio aktif boleh mengubah struktur tanih, hilang kesuburan. Perubahan landskap(pandang darat) daripada landskap semulajadi contohnya kawasan hutan kepada landskap budaya(pembinaan kilang, kemudahan infrastruktur, utiliti dsb). Menjadikan pandang darat berceranggah seperti lokasi industri petro-kimia di Kerteh.

Kawasan tanah tinggi diratakan/diteres/ditarah untuk pembinaan kilang-kilang telah mendedahkan tanah kepada agen-agen hakisan dan luluhawa dimana telah meningkatkan kadar air larian permukaan seterusnya meningkatkan kadar hakisan tanah.

Pencemaran sampah sarap dari kilang-kilang, petempatan,perniagaan dsb akan membawa kepada pencemaran bau dan wabak penyakit.

ii. ATMOSFERA

Meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pembakaran bahan api fosil pelbagai bahan pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida (industri kimia) dan partikel-partikel terampai (PM10) dalam atmosfera.

Aktiviti industri yang membebaskan gas-gas pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida memanaskan keadaan cuaca tempatan meningkatkan kejadian pulau haba (pemanasan setempat).

Pulau haba bandar disebabkan banyak kilang dibina di Bandar besar atau berhampiran. Indeks suhu sebagai satu komponen sumber udara akan meningkat akibat daripada kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera yang dilepaskan oleh pelbagai punca industri.

Haba yang terperangkap membolehkan mekanisme kesan rumah hijau berlaku sehingga menyebabkan persekitaran khususnya di kawasan industri akan lebih panas.

iii. HIDROSFERA

Pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, paya, kolam, muara, laut melalui pembuangan bahan enap cemar atau sisa industri ke dalam sumber air tersebut. Sisa-sisa industri yang dibuang dari kilang memproses akan menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat, air menjadi keruh, berubah warna, berbau busuk, beracun dan bertoksid.

Lebihan ammonia dan bahan terlarut akan larut dalam air akan mengubah kandungan kimia air dan menjejaskan organisma akuatik serta merosakkan rantaian ekosistemnya. Kuantiti oksigen terlarut (DO) akan berkurangan boleh memusnahkan hidupan akuatik. Kadar ketersampaian cahaya akan terjejas akibat dari bahan sedimen terampai seperti minyak & gris mengancam hidupan akuatik kerana proses fotosintesis terganggu.

iv. BIOSFERA

Pencemaran bau dan kebisingan dari jentera, mesin kilang mengganggu ketenteraman awam. Gangguan kesihatan penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu (kualiti udara rendah), pencemaran air, hujan asid dsb memudaratkan kesihatan seperti penyakit gatal, barah kulit, asma, bronchitis dsb

Kesesakan lalulintas akan berlaku apabila pekerja kilang bertambah.Kesesakan berlaku apabila jumlah kenderaan yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja bertambah. Kesannya masalah aliran trafik akan berlaku yang boleh melambatkan perjalanan dan meningkatkan risiko berlaku kemalangan kepada penduduk sekitar dan pekerja kilang sendiri.

Pertambahan tenaga buruh menyebabkan sesuatu kawasan seperti di bandar menjadi padat dan sesak. Keadaan ini biasanya boleh menimbulkan pelbagai amsalah sosial seperti penyakit berjangkit, masalah jenayah, penyalahgunaan dadah dsb.

Mewujudkan persaingan guna tanah mungkin menimbulkan konflik dengan kawasan petempatan penduduk, kawasan pertanian, rekreasi dsb.

17. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF INDUSTRI PERKILANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL/PENGLESTARIAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

i. PERUNDANGAN

Langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar seperti kes pembuangan sisa toksid, mencemarkan sungai, mencemar udara, tanah dsb.

Hukuman dan denda maksimum perlu dikenakan kepada pesalah alam sekitar seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Selain itu, tindakan menggantung, menarik balik lesen operasi, menyita syarikat yang membuang sisa efluen kilang tidak mengikut standard.

Langkah-langkah pemantauan, kawalan, penyeliaan yang lebih kerap dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti yang ditetapkan.
Mewajibkan laporan EIA kepada pengurusan kilang dari masa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa mesra alam.

ii. PENGURUSAN
Pengurusan sisa toksik yang cekap dan berkesan seperti setiap kilang diwajibkan menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksik dan tidak membuang sisa tersebut ke dalam sungai,tasik atau sumber air yang lain.

Sisa toksik mesti dirawat dahulu sehingga risiko kesan sampingannya berada pada tahap yang paling minimum sebelum dialirkan ke dalam sumber air.
Perlaksanaan R&D dalam konteks pengurusan sisa pepejal perlu dikembangkan dan diperluaskan oleh setiap syarikat contohnya R&D dalam kitar semula bahan buangan agar tidak membazir.

Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya system penapis di dalam serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat, tidak membuat pembakaran terbuka seperti habuk kayu dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi.

Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk IKS, atau dibiar reput sebagai baja kompos.

Peralihan kepada teknologi industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga, contohnya, kebergantungan kepada bahan api fosil seperti petroleum perlu diminimakan dan lebih banyak bergantung kepada tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV), tenaga solar.
Selain itu, industri pencucian dan pelarut dilarang menggunakan bahan yang mengandungi CFC, perlu menggantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air.

iii. KEMPEN
Kempen-kempen kesedaran kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri yang menjadi masyarakat industri tentang pentingnya menguruskan alam sekitar dengan bijak dan cekap.
Kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti projek penghijauan persekitaran industri , membersih dan menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial, mengadakan peraduan, pertandingan yang mesra alam dsb.

Kempen juga boleh dilakukan oleh media cetak dan elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar dsb yang relevan.

Usaha ke arah keberkesanannya haruslah digerakkan dan dijana oleh bahagian Teknologi dan Pendidikan Alam Sekitar di Kementerian Sains dan Teknologi.

22 June 2010

INTERAKSI ANTARA KAWASAN.






























1.0. KONSEP GLOBALISASI.


Merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh
Dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan mudah,
Pantas, cepat dan rapat. Globalisasi juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan

2.0. KONSEP KEBERGANTUNGAN

Setiap negara perlu bergantung di antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar pembangunan sosio ekonomi negara yang terlibat lebih pantas berkembang. Keadaan saling melengkapi ini wujud apabila kekurangan dalam sesebuah negara akan ditambpung oleh kelebihan yang ada di negara lain dan Akhirnya kemajuan akan dapat dinikmati bersama.

2.0. KONSEP LIBERALISASI EKONOMI

Liberalisasi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan menguasai pasaran sesebuah negara tanpa batas
Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan tidak boleh dikawal dan disekat oleh kerajaan.
Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya bergantung kepada kuasa pasaran iaitu permintaan dan penawaran

3.0. KONSEP DEREGULASI EKONOMI

Merupakan dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesbuah negara yang selama ini mengahalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain
Sebagai contoh pengahpusan dasar perlindungan, pengahapusan subsidi, pemghapusan sekatan tarif , pnghapusan skim keutamaan perdagangan, pengahpusan dasar kawasan modal terpilih dan lain-Lain yang bertentangan dengan dasar pasaran bebas.

4.0. KESAN-KESAN POSITIF GLOBALISASI EKONOMI KE ATAS NEGARA ASIA PASIFIK

i. menambahkan keupayaan modal dalam negara
ii. menggalakkan pemindahan teknologi kepakaran dan R&D
iii. memperluaskan pasaran
iv. menggalakkan pemindahan tenaga mahir dan kepakaran

5.0. KESAN NEGATIF

i. menyebabkan berlakunya kegawatan ekonomi- penarikan keluar modal asing
ii. serangan spekulator- kejatuhan nilai mata wang
iii. tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin- pengapusan hak dan keistimewaan-sumsidi kepada golongan miskin
iv. penjajahan baru dalam bentuk penjajahan ekonomi-terlalu bergantung kepada negara maju

6.0. KEPENTINGAN SALING DIANTARA NEGARA

i. berkongsi sumber alam dan tenaga
ii. berkongsi teknologi dan kepakaran
iii. berkongsi pasaran dan perdagangan
iv. berkongsi modal
v. berkongsi tenaga buruh
vi. saling menjaga alam sekitar

7.0. KERJASAMA ANTARA KAWASAN : APEC

i. APEC : kerjasama ekonomi asia pasifik ditubuhkan pada 1989 , di Canbera, Australia

ii. Negara Anggota : 18 buah negara

a. 10 negara ASEAN
b. 3 anggota AFTA (AS, Kanada, Mexico)
c. NZ dan Australia
d. Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, China, Jepun, Papua New Guinea dan Chile

iii. Kepentingan kerjasama dalam APEC

a. perdagangan di antara negara
b. perluasan saiz pasaran
c. perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baru
d. perkongsian plaburan modal dan kewangan
e. pengalran buruh dan tenaga pakar
f. pembangunan sumber alam yang lestari
iv. Masalah dalam kerjasama APEC
a. jurang ekonomi di antara negara anggota
b. masalah politik yang tidak stabil
c. kekurangan teknologi dan kepakaran
d. sikap kepentingan diri melebihi kepentingan serantau

8.0. KERJASAMA SERANTAU : ASEAN

i. ASEAN : Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara di tubuhkan pada tahun 1967 di bangkok, thailand
ii. Negara anggota : semua 10 buah negara asia tenggara
iii. Kerjasama dalam ASEAN :
a. perdagangan antara negara ASEAN
b. perluasan saiz pasaran
c. perkongsian teknologi , R&D, dan inovasi baru
d. perkongsian pelaburan modal dan kewanagan
e. saling melengkapi dalam aspek bahan mentah, pengkhususan pengeluaran dan perkhidmatan
f. pengaliran tenaga buruh dan kepkaran
g. penjagaan alam sekitar

iv. Halangan dalam kerjasama ASEAN

a. persaingan sesama negara pengeluar- barangan yang sama
b. kejatuhan nila mata wang
c. kuasa beli pasaran tidak sama

9.KERJASAMA EKONOMI SERANTAU : SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN

i. KONSEP SEGITIGA PERTUMBUHAN
merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah asean melibatkan tiga tiga atau empat buah negara yang berjiran/sempadan
ii. KAWASAN SEGITIGA PERTUMBUHAN : IMS-GT, IMT-GT, EAGA-BIMP
iii. Rancangan pembangunan ekonomi Segitiga Petumbuhan

a. pembangunan sektor pelancongan- pulau langkawi, pulau phuket, kepulauan riau
b. pembangunan sektor pengangkutan- transborneo, link kedua, feri pulau langkawi ke pulau phuket dan acheh
c. pembangunan sektor telekomunikasi- internet asean, petukaran rancangan tv
d. pembangunan sektor pertanian dan perikanan-
e. kerjasama sektor perhutanan-
f. kerjasama infrastruktur fizikal
g. pembangunan sektor perindustrian

iv. Kepentingan dan saling bergantung menerusia kerjasama segitiga pertumbuhan ASEAN

a. mempercepatkan pembangunan sumber alam di kawsan yang terbabait
b. perluasan pasaran dan perdagangan
c. perkongsian pelaburan modal
d. perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baru
e. pengaliran buruh dan tenaga pakar

v. Masalah-masalah dalam kerjasama segitiga pertumbuhan ASEAN

a. kegawatan ekonomi serantau-menjejaskan nilai matawang-banyak projek dirancang dibatalkan
b. masalah fizikal- bentuk muka bumi- bergunung ganang, berpulau, sukar memajukan infrastruktur-jalanraya, lebih raya
c. masalah teknologi dan kepakaran yang rendah
d. masalah politik- tuntutan bertindih, pulau batu puith, ancaman lanun dari filipina
e. masalah opasaran terhad- penduduk jarang, miskin, kuasa beli endah

10.0.KERJASAMA MELINDUNGI ALAM SEKITAR

10.1.KEPENTINGAN KERJASAMA DALAM KONTEK ALAM SEKITAR

i. menjamin sumber-sumber alam sekitar agar ada dan berterusan
ii. mengurangkan risiko alam sekitar
iii. menjamin keberterusan pembangunan
iv. memperkukuh hubungan antara negara

10.2.KERJASAMA ASEAN DALAM KONTEK ALAM SEKITAR

i. menangani kes jerebu 1997
ii. menubuhkan pasuakan memeadam api ASEAN
iii. kerjasama penjagaan selat melaka
iv. rondaan dan kawal selia mengesan pencemaran laut ASEAN

LAWATAN PRA-U2 KE PARLIMEN.

Pada 22 Jun 2010, seramai 41 orang pelajar Pra-U2 SMKTM telah mengadakan lawatan ke Bangunan Parlimen. Lawatan diiringi dengan 4 orang guru iaitu Cikgu Amri, Cikgu Thinaharan, Cikgu Fatin dan Cikgu Fadlon.










Dewan Negara terdiri daripada 70 orang senator iaitu 2 orang dilantik dari setiap 13 Dewan Undangan Negeri dan 44 lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sumbangan dan khidmat mereka.

Dewan Rakyat pula mengandungi 222 orang ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Jumlah ahli daripada parti-parti komponen Barisan Nosional ialah 137 orang, parti Pembangkang pula 78 orang dan 7 orang bebas.

20 June 2010

CANTIK......

19 June 2010

PANTANG LARANG BUAT LELAKI

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.

Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3. Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni.

4. Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila.

5. Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6. Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7. Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal".

8. Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang.

18 June 2010

TRANSFORMASI DESA.
















Rumah Kampung















1.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERKEMBANGAN PETEMPATAN LUAR BANDAR MENJADI BANDAR
i. potensi sumber alam yang ada di dalam sesebuah desa- suber bijih timah-KL
ii. potensi perkembangan ekonomi moden- perniagaan, perkidmatan, perindustrian
iii. tapak yang strategik untuk aktiviti perdagangan, pelabuhan an persinggahan- pilau pinang, kelang, bandar gemasl dll
iv. faktor tarikan fizikal dan semula jadi yang menarik- port dickson, langkawi, genting dll
v. polisis kerajaan- mengubah luar bandar menjadi bandar untuk memajukan penduduk luar bandar dan pembangunan wilayah- gua musang, jengka, muadzam shah

2.0. SALING INTERAKSI ANTARA DESA DAN BANDA: FUNGSI BANDAR KECIL KEPADA PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI KAWASAN DESA
i. sebagai pusat pentadbiran daerah
ii. peranan sebagai penyelia, pembekal barangan, dan pasaran produk desa
i. peranan sebagai pusat perundustrian-proses kayu balak, kelapa sawit
ii. membekalkan perkhidmatan ssosial

3.0. CIRI-CIRI/PETUNJUK PEMBANGUNAN TIDAK SEIMBANG
i. pendapatn perkapita penduduk
ii . kadar pengangguran mengikut kawasan
i. petunjuk ekonomi yang lain- kuasa beli, pola perbelanjaan, jenis kegoatan ekonomi
ii. petunjuk sosial- taraf kesihatan, pendidikan, kemudahan sosial
iii. petunjuk demografi- kadar kelahiran, kematian, mortaliti

4.0. MASALAH-MASALAH PEMBANGUNAN YANG TIDAK SEIMBANG DI MALAYSIA
i. ketidak seimbangan di antara semenanjung malaysia dengan sabah dan srawakii.
ii. masalah ketidak seimbangan di antara pantai barat semenajung malaysia dengan pantai timur semenanjung malaysia
i. masalah ketidak seimbanbgan antara kaum
ii. masalah ketidak seimbangan anatara kaya dan miskin

4.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAK SEIMBANGAN PEMBANGUNAN
i. faktor fizikal- bentuk muka bumi
ii. taburan sumber alam yang tidak seimbang
i. kesan penjajahan
ii. faktor politik, dasar dan perancangan kerajaan
iii. kadar perindustrian yang berbeza
iv. faktor pembandaran dan proses urbanisasi
v. faktor penduduk- kepadatan dan saiz penduduk
vi. faktor ssosial- kemudahan pendidikan, frasarana, kesihatan, perhubungasn dan pengangkutan

5.0. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KETIDAK SEIMBANGAN PEMBANGUNAN ANTARA WILAYAH
i. program pembangunan in- situ-kemudahan fizikal kawasan setempat
ii. program pembangunan pertanian bersepadu
iii. penyelerakan dan penyebaran industri ke kawasan desa
iv. rancangan pembangunan wilayah secara khusus
v. memabndarkan kawasan luar bandar yang berfungsi sebagai pusat pertumbuhan desa
vi. program lain menubuhkan pusat –pusat kemudahan pendidikan, pengangkutan perhubunagn, rekreasi dll


6.0. RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH
i. wilayah jengka- FELDA- pahang -1972
ii. wilayah DARA- felcra dan felda- pahang tenggara-1972
iii. wlayah ketengah- 1973- ditadbir oleh ketengah
iv. wilayah kesedar- 1978- ditabbir oleh kesedar
v. wilayah kejora- 1972- diadbir oleh kejor


7.0. LANGKAH-LANGKAH MEMBANDARKAN KAWASAN LUAR BANDAR

i. mewujudkan bandar-bandar baru di kawsan pembangunan wilayah
ii. membandarkan pekan-pekan yang berpotensi
iii. konsep pembandaran simpang –pekan-pekan di persimpangan jalan utama dimodenka n dan dimajukan- persimpangan gambang- bandar mec
iv. mewujudkan bandar industri- banadar baru nilai, bandar baru gebeng, bandar baru mersing
v. menaik taraf sosial penduduk- menubuhkan institusi pendidikan menengah, tingggi –uum
vi. membantu penududuk luar bandar memajukan industri kecil dan sederhana (IKS).