NOTIS 1 - RE UNION TINGKATAN 6 SIS 1983/1984.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Hasil perbincangan saya, Cikgu Ghani Ahmad(GPK HEM, SMK Seri Kota) dan Cikgu Johari Abu Bakar (GPK 1 SMK Tun Perak, Jasin) pada 11 Disember, jam 9.00mlm di rumah saya, beberapa keputusan awal telah dipersetujui;
1. Tempat perjumpaan ReUnion di Hotel Alamanda, Jasin ( berdekatan dengan Stadium Rim ) pada 25 Disember 2010 dari jam 2.00 - 5.00 petang.
2. Bayaran ( 1 pack ) ialah RM15 dan di minta rakan-rakan memasukkan bayaran ke dalam akaun Bank Islam/ Cikgu Abd Ghani Ahmad - 04-033-02-007291-8. Untuk makluman rakan-rakan, perjumpan yang lalu (di Hotel Sri Impian) bayaran yang dibuat pada pihak hotel tidak mencukupi kerana kita tiada tabungan dan ada rakan yang tidak hadir. Namun kami telah berbincang dengan pihak hotel dan telah diberikan potongan harga. Rakan-rakan guru digalakkan membuat pembayaran awal dan memberi sumbangan untuk Dana Kelab kita dan pengurusan program ini.
3.Perjumpaan akan bermula pada jam 2.00 petang ( konsep Hi-Tea ) dan bermula dengan pendaftaran ahli serta pengisian borang maklumat diri dan keluarga.
4. Rakan-rakan guru juga di minta mengikut kemampuan membawa hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah. Tolong sms saya atau Cikgu Ghani bagi memidahkan penyusunan program.
5.Cadangan kami, rakan-rakan diminta membawa sumbangan buku akademik untuk diberikan kepada pihak SMK Iskandar Shah.
6.Puan Zulidia Hj Hassan akan menjadi pengacara majlis, Cikgu Ghani Ahmad bahagian pendaftaran, Cikgu Zaid Taib (GPK HEM SIS ) pengurusan tempat dan Cikgu Rosli Zakaria bahagian Doa dan Tahlil ringkas buat Aruah Azmi Tompang.
7.Jika rakan-rakan mempunyai apa-apa pandangan, sila sms atau hubungi kami. Pandangan tentang perjalanan program dan kelab.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.