DATUK SOSILAWATI

Tiada apa yang lebih hot bulan ini apabila jutawan perempuan Melayu, Sosilawati dan 3 lagi mangsa dilaporkan hilang sejak 31 Ogos 2010. Kami tidak berani membuat andaian sendiri, walaubagaimanapun kami menyediakan kronologi kehilangan Sosilawati sejak hari Kemerdekaan Malaysia.

30 Ogos

Sosilawati meninggalkan pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama peguam, pemandu peribadi dan seorang pegawai bank CIMB sebelum pergi ke Banting untuk urusan perniagaan.

31 Ogos 2010

Ahli keluarga keempat-empat mangsa membuat laporan polis setelah mendapati mereka gagal dihubungi.

2 September

Sosilawati dan peguamnya dilihat kali terakhir membeli kerepek di Banting. Selain itu, polis turut menemui kereta perdana V6 yang dipercayai milik pegawai bank CIMB dekat tepi jalan di kawasan Petaling Jaya.

4 September

Berita kehilangan empat individu itu disiarkan media.

6 September

Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Flat Angsana USJ1 sementara kereta milik peguamnya dijumpai di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Dorsett, Subang Jaya.

7 September

Ibu Sosilawati merayu anaknya pulang ke kampung untuk menyambut raya. Polis percaya mereka masih selamat.

8 September

Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya seorang doktor gigi. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

12 September

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.

13 September

Siasatan polis mendedahkan wang jutaan ringgit dipindahkan daripada akaun Datuk Sosilawati Lawiya ke akaun salah seorang suspek yang ditahan polis dipercayai berkaitan urusan jual beli tanah sebelum mangsa dibunuh kejam.

Polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan yang melampau.

14 September

Hasil siasatan forensik, bukan sahaja dipukul, ditikam dan dibakar, jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi mangsa bunuh di ladang sawit di Sungai Gadong, Banting turut disembelih dengan kejam.

15 September

  • Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5
  • Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.
  • Semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan.

16 September

  • Suspek Datuk berusia 41 tahun membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.
  • Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.