RIBUT DI BAZAAR RAMADHAN, JASIN.

Pada bulan Ramadhan, tuisyen saya percepatkan pada jam 5.00-6.30petang. Rata-rata pelajar-pelajar tuisyen saya sedia maklum dengan perubahan jadual ini kerana malamnya dapatlah saya membawa hero-hero saya solat Tarawih di masjid. Kali ini solat tarawih tidak di masjid Taman Maju sahaja kerana saya berhajat hendak melakukan solat ini di masjid yang lain juga.
Seperti biasa pada 13hb Ogos, Jumaat, saya bersedia untuk mengadakan tuisyen SPM (BM) tetapi jam 4.30 petang cuaca agak luar biasa. Angin kuat dan hujan yang lebat. Pasu bunga banyak yang rebah dan bunga gantung ada yang jatuh ditiup angin kuat.

Rupa-rupanya, di bazaar Ramadhan Jasin, yang terletak di Stadium Jasin juga di landa ribut. Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban.

Kesan ribut di tapak bazaar ramadhan


Para peniaga tetap memberanikan diri berniaga selepas tragedi semalam.

Bilangan gerai yang berkurang setelah bencana semalam.

Cadangan buat YDP MPJ, Tuan Haji Murad agar lokasi bazaar ini dipindahkan. Kawasan ini lapang dan terdedah dengan risiko angin lintang. Buat tapak bazaar ramadhan di Bandar Baru Jasin pun elok dengan kawasan parking kereta di tutup bermula jam 2.00 petang.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.