GURU BERPOLITIK.

Pada dasarnya, saya amat bersetuju jika guru terutama yang berkelulusan ijazah dibenarkan bergiat aktif dalam politik. Ini sejajar dengan amalan demokrasi serta peruntukan perlembagaan yang memberikan hak kepada setiap warganegara untuk melibatkan diri dalam politik. Rakan-rakan saya yang bijak bercakap tentang politik dan isu-isu semasa negara, tentu gembira dengan perkhabaran ini. Namun, saya suka juga mencadangkan agar pihak kementerian dan pihak jabatan serta pihak pentadbir sekolah, perlu mengadakan satu garis panduan yang jelas tentang penglibatan guru-guru dalam politik. Sudah tentu ada pro dan kontra namun, masa depan pelajar dan tanggungjawab kita jangan pula terabai.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.