ASRAMA SMK SRI KUKUP, PONTIAN.

Saya mula bertugas sebagai guru pada 1 September 1991. Sekolah pertama saya bertugas ialah SMK Sri Kukup, Pontian, Johor. Sekolah menengah yang terletak dipenghujung benua Asia. Saya juga pernah memegang jawatan Warden Asrama SMK Sri Kukup sehingga 1995 bertukar ke SMK Pekan Nanas, Pontian.
Sekolah ini banyak memberi kenangan kepada saya. Terlalu banyak kenangan dan amat sukar untuk dikongsi bersama pembaca blog saya. Ada ketikanya, bila melalui kawasan sekolah ini, rasa hiba menguasai diri.
GPK Tingkatan 6 menginap di Asrama. Indah pengalaman kali ini kerana selama ini menginap di Hotel tapi kini 2 malam di katil HO(S)TEL Asrama Sri kukup.



Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.