KUMPULAN GENG 04

Apabila kita menggunakan laluan alternatif baru dari persimpangan Taman Maju ke Lipat Kajang Jasin, kita pasti akan melihat perilaku vandalisme iaitu perilaku merosakkan kemudahan dan harta awam di laluan ini.
Papan tanda Kampung Solok Air Manggis, papan tanda TNB, papan tanda JKR telah di cat dengan perkataan 04.




Saya mencadangkan agar pihak Majlis Perbandaran Jasin, segera membersihkan kotoran yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana gambaran ini memburukkan nama baik bandar Jasin.


Pihak berkuasa seperti Polis Jasin, patut mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan jika benar perlakuan ini dilakukan oleh anggota kumpulan geng yang menamakan kumpulan mereka Kumpulan 04. Minta mereka membersihkan harta awam yang telah dikotorkan.


Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin (PPD) patut mengenal pasti adakah tingkahlaku ini dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah kerana terdapat kes pelajar sekolah menjadi anggota kumpulan Kongsi Gelap dan mereka menjadi pelapis kumpulan ini di sekolah-sekolah pula.

Semua pihak perlu bertindak segera, Jangan hanya tunggu dan lihat, kerana jika tidak dibendung sejak awal lagi, pasti mendatangkan keburukan.

Comments

Anonymous said…
Kumpulan 04 ni kumpulan budak-budak bangang. Jika di 'provoke' keluar la budak-budak bangang gedebe tu

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.