MAWI BOO vs BOO MAWI.


Hasil undian selama 2 hari. Seramai 747 orang pengunjung blog ini telah bekerjasama memberikan jawapan yang selama ini Mawi tidak dapat menjawab ketika disoal para wartawan kenapa dia di Boo ketika menaiki ke atas pentas ketika anugerah ABPBH yang lepas. Pada 18 Mei 2010, penulis telah mengeluarkan satu undian kenapa Mawi kena Boo! dan di bawah ini adalah fakta hasilnya.

1. 44% pengunjung menyatakan “Mawi berlagak dan poyo“.
2. 18% pengunjung menyalahkan perkahwinan Mawi dengan Ekin.
3. 15% pengunjung menyokong bahawa Mawi sudah Lupa Diri.
4. 13% pengunjung menyalahkan Mawi kerana meninggal Ina semata-mata kerana Ekin.
5. 6% pengunjung menyatakan kerana suara Mawi tidak sesedap mana.
6. 4% pengunjung menyatakan kerana Mawi telah memalukan bekas tunangnya Ina di dalam rancangan.

Jadi, selepas ini Mawi tidak perlu bertanya semula kepada wartawan kenapa dia telah di boo dan akan di boo lagi selepas ini. Tidak perlu lagi Mawi berkata “Saya bukan ada skandal pun sehingga saya di boo”. Hampir separuh daripada pengunjung blog Media Malaya telah boo anda kerana anda seorang yang berlagak dan poyo dan yang selebihnya boleh lihat statistik di atas.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.