TUMBUHAN TILLANDSIA

Tumbuhan ini dikenali di Barat sebagai Pokok Udara yang bermaksud sejenis pokok dari jenis epiphyte iaitu boleh hidup menumpang dipokok lain tetapi mendapat air dari udara persekitarannya.

Tillandsia amat mudah untuk di tanam. Tumbuhan ini amat unik kerana tumbuh berjurai ke bawah, dan sesuai dijadikan tanaman gantung. Batangnya mudah bercabang dengan daun yang kecil tumbuh diseliling batang dan ditutupi dengan banyak sisik berwarna perak keputihan. Tumbuhan ini juga tidak memerlukan siraman tetapi hanya semburan sahaja.

Tillandsia mempunyai banyak spesies dan aku amat meminati tumbuhan ini yang amat mudah untuk ditanam kerana aku hanya perlu membuat gulungan dawai untuk menyangkut tumbuhan ini. Aku banyak menanam Tilandsia jenis Usneoides yang dikatakan berasal dari Argentina dan Chile. Di sana, tumbuhan ini digelar "Spanish Moss " atau Lumut Spanyol . Ada juga digelar "Old Man's Beard" atau Janggut Orang Tua. Di Malaysia, tumbuhan ini dinamakan Misai Jin atau Janggut Jin.

Di negara Barat, tumbuhan ini dikenali sebagai "Air Plant" atau pokok udara. Ini menepati kepada sifat pokok ini yang hidup menumpang pada pokok lain tetapi mendapat air dari udara persekitarannya. Air biasanya dihisap melalui dedaunnya yang kecil.




Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.