Posts

Showing posts from September, 2009

Teknik Menjawab Analisis Kesalahan Bahasa.

Calon akan diberikan bahan rangsangan yang mengandungi kesalahan bahasa. Calon dikehendaki mengenal pasti, menjelaskan sebab kesalahan dan membetulkan kesalahan-kesalahan bahasa. Bahagian ini mengenal pasti, menganalisis, dan membetulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan. Kesalahan bahasa meliputi: Ejaan Tanda baca Kosa kata Imbuhan Frasa Klausa / ayat. Penilaian analisis kesalahan bahasa berasaskan; Pengenalpastian kesalahan. Ketepatan dan kewajaran alasan. Ketepatan pembetulan.

Maklumat dan Teknik Menjawab Bahagian C

B ahagian ini, dua petikan teks yang setiap satu panjangnya 120 hingga 150 patah perkataan akan dikemukakan. Calon dikehendaki memilih salah satu teks dan mengalihkan bentuk teks tersebut mengikut arahan soalan. Calon dikehendaki mengubah pelbagai bentuk teks dengan mengekalkan kandungan asal sepenuhnya. Bahan yang dikemukakan adalah bahan; Puisi Melayu lama / syair Puisi Melayu moden / sajak (bukan jenis absard) Prosa klasik Prosa moden - cerpen, novel, drama. Pelbagai laras moden - iklan, dokumen undang-undang, memorandum Kemahiran yang diberikan tumpuan; Memahami kandungan teks asal. Menyampaikan kandungan teks asal ke dalam bentuk yang dikehendaki. Menggunakan gaya dan laras bahasa yang sesuai. Menggunakan semua aspek struktur bahasa dengan betul dan tepat. Aspek bahasa meliputi tatabahasa, ejaan, diksi, dan tanda baca. Penilaian ? Penilaian dilakukan berasaskan kepada, Ketepatan isi. Penggunaan bahasa yang baik dan betul. Cara pemberian markah. Penilaian kepada - Isi (I) dan Perse

Rumah Terbuka Bonda Gunawan

Image
Pada tahun ini, 24 Saptember 2009 ( Hari Raya ke-5) atas permintaan Bondaku, kami adik beradik seramai lapan orang telah bekerjasama mengadakan Rumah Terbuka di rumah Bondaku beralamat J 7408, Jln Rhu, Taman Maju, 77000 Jasin, Melaka. Pada tahun ini juga, semua adik- beradikku dapat berkumpul di rumah peninggalan aruah bapaku yang telah genap 6 tahun meninggal dunia. Bondaku berhajat hendakkan BBQ kambing. Kami telah menempah set untuk BBQ dan membeli seekor kambing dengan harga RM386. Upah memanggang pula ialah RM200. Kami telah menjemput semua saudara mara di Alor Gajah, Kampung Rumbia, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Dari jam 9.00 pagi hinggalah jam 11.00 malam, para tetamu datang dan menikmati hidangan kambing panggang, satey, kuih muih dan bermacam-macam juadah raya. Muga program ini dapat merapatkan hubungan kami semua dan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Rumah Terbuka Gunawan.

Image
Pada 26 September 2009, Hari Raya ke-7, saya telah mengadakan rumah terbuka dari jam 3.00 petang hingga jam 9.00 malam. Menu yang disediakan seperti Laksa Utara, Bee Hoon Goreng, Lontong, kuih karipap, popia sambal, kuih raya dan buah-buahan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian rakan-rakan, pelajar-pelajar SMK Tun Mamat, pelajar tuisyen dan jiran-jiran saya yang sudi datang ke Rumah Terbuka saya.

RE UNION KE-2 UNTUK TAHUN 2009

PERHATIAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN AHLI ALUMNI TINGKATAN 6 SMK ISKANDAR SHAH. Perjumpaan pada tahun 2009 akan diadakan pada hujung tahun ini, bertempat di Jasin Hot Spring (JHS) Saya akan meminta jasa baik rakan kita Tuan Haji Murad, YDP Majlis Perbandaran Jasin, untuk datang merasmikan program ini dan seterusnya memberikan kepada persatuan kita kebenaran, untuk menggunakan premis di JHS dengan kadar bayaran berpatutan. Program yang akan dirangkakan ialah, sukaneka kanak-kanak dan veteran, pertukaran hadiah antara rakan-rakan, kutipan bantuan untuk membantu rakan-rakan yang ditimpa kesusahan seperti sakit, bantuan galakan pendidikan untuk anak-anak dan jamuan keluarga. Kami akan menetapkan tarikh yang tepat sedikit masa lagi dan berhasrat ingin menjemput bekas-bekas guru kita nanti.

TETAMU MALAM HARI

KARYA : AMRI HJ YAHYA Pagi itu cuaca baik sekali.Langit cerah dan matahari telah menyinarkan cahaya terang sejak pagi-pagi lagi. Aku masih di atas katil dengan mata yang tak buka sejakpukul 8.00 pagi. Adikku Shera, mengacau kopi di dapur. Bunyi sudah berlaga dengan teko menggeracangan hingga terdengar ke anjing. Dengan bunyi yang kuat,aku bangun dari katil terus lari ke dapur dan lihat apa yang sedang berlaku. Muks adikku yang merah dengan matanya yang besar terbeliak melihat ku.Aku tak hiraukannya lalu datang ke tetamu dan melihat akhbar keluaran semalam yang terletak di atas meja kecil di sebelah kerusi.Aku tak mempedulikkan akhbar itu sebab berita tentang dadah,rompakan dan tentang perang memanaskan hatiku. “Kak sudah minum?” tiba-tiba adikku berteriak dari ambang pintu. Aku sudah siap sedia dengan skirt merah tua belaus putih.Rambutku diikat ke belakang. “Saya sudah minum,” bisik merenung adikku lagi. “Bila?” soal Shera. “Sher

STS PUTERI MAHSURI.

KARYA : AMRI HJ YAHYA. Waktu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba,masing-masing begitu teruja untuk menaiki sts puteri mahsuri tidak sabar rasanya rasa di hati maklum la kali pertama dapat mencuba sesuatu yang baru,masing-masing telah menggambarkan betapa cantiknya puteri mahsuri,sebelum detik indah itu tiba,mereka tiba-tiba bertukar wajah apabila diminta untuk berjalan kaki menuju ke kapal tersebut dibawah sinaran mentari pagi. “Aduh,terbakar kulit Mas kalau macam ni”rungut Mazdah. “Mas dah pakai krim pelindung matahari ke belum?”soal Syafiq. “...Dah tapi panas la..”rengek Mas sedikit mengada-ngada. “Ala panas sikit tu pun,tahan la sikit!”sampuk Dania yang meluat dengan perangai Mas itu. “Betul tu,lagipun cahaya matahari pada waktu pagi baik untuk kulit kita,”sokong Syakirin. “Lebih-lebih untuk kulit yang tak berapa baik,”sambung Syakirin selamba. Mas hanya diam sambil merenung tajam ke arah mereka be

SINAR HIDUPKU.

KARYA : AMRI HJ YAHYA. SELASA,14 OKTOBER 2004. KRINGGG!!!Jam loceng di atas meja kecil sebelah katil segera dicapai.Nani membutangkan mata apabila melihat jarum jam telah menunjukkan tepat jam 7.00 pagi.”Ya Allah aku dah terlewat ni!”Nani menjerit kecil.Mujurlah dia uzur.Kalau tidak,sudah tentu dia terlepas solat subuh.Malam tadi,Nani pulang agak lewat.Pukul 3.00 pagi baru dia tiba di rumah.Operasi menangkap orang yang berjudi secara haram telah menyebabkan dia terpaksa pulang lewat.Begitulah tugasnya sebagai seorang inspektor polis yang menuntutnya bekerja tidak menentu masa.Setelah tamat latihan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak,Nani telah memilih tugas sebagai Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah.Selesai mandi,Nani segera bersiap-siap untuk pergi ke pejabatnya di IPPD Kuala Selangor.Dia perlu menyiapkan semua fail kes dengan kadar segera. Nani segera menghidupkan enjin kereta Handa Jazz hitam miliknya.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Dia segera melih

SIAPAKAH ADRIANA

KARYA : AMRI HJ YAHYA. Syah masih termenung di jendela.Pertemuan dengan gadis di kala senja tadi menggamit ingatannya. “Hoi! Mana letak mata?”Syah memarahi gadis bertudung putih yang tiba-tiba melintas di hadapannya.Hampir sahaja Syah terbabas ke parit besar sebelah kiri jalan. Gadis itu jatuh terduduk kerana terkejut.Tidak menyangka motosikal Syah akan keluar dari simpang keluar dari rumahnya. Taman Indra Jaya....selalunya akan menyambut kepulangan Syah dari pejabat pada waktu petang.Tetapi entah mengapa hari itu Syah terpaksa berhempas pulas menyiapkan kerjanya di pejabathingga hari sudah lewat petang. Syah mengaku yang dia agak khayal sebentar tadi.Tapi dia harus mempertahankan egonya. “Maaf...saya tidak perasankan saudara tadi,” gadis itu menjawab.Dia sudah bangun dari duduknya.Mukanya kelihatan pucat.Dia masih menundukkan mukanya. “Maaf! Maaf! Maaf! Itu je la yang ko orang perempuan tau ye?!”masih tidak surut gelora hati Syah. Gadis itu memandang Syah.Syah terpana.