RAHSIA KAYU TAS



Mungkin ada di antara pengunjung blog ini pernah mendengar atau melihat Kayu Tas kan?Bagi pengamal-pengamal perubatan tradisional sudah tentu mengetahui rahsia penggunaan Kayu tas ini.

Kayu Tas juga dikenali sebagai kayu penunduk, Hujan panas, Limpanas atau pun (God Mountain Stick) kebanyakkan kayu jenis ini orang hanya mengetahui banyak di Sarawak atau hutan Borneo. Tetapi kayu jenis ini juga ada di hutan semenanjung seperti di Perak, Kelantan dan hutan Pahang, akan tetapi susah mendapatkannya kerana spesis kayu ini dilindungi dan ianya amat kurang didapati di tanah semenanjung. Perbezaan kayu tas jenis Jantan dan betina adalah dari kulit warna kayunya. Warna hitam Tas Jantan, Warna Putih Tas Betina.

Kayu Tas juga memiliki Bau (Kalau takde bau kurang Khasiatnya). Beza bau kayu tas Sarawak dan kayu tas semenanjung amat jauh sekali. Cuma bau tas jantan lebih kurang sama di kedua tempat ini. akan tetapi bau kayu tas (Betina) Sarawak lebih wangi (Bau semacam rempah) sedangkan bau kayu tas betina dari semenanjung berbau hancing(amat busuk).

Kayu tas semenanjung dari segi mistik adalah lebih berkhasiat kerana kebanyakkan orang menggunakannya untuk menundukkan manusia, jin serta makhluk halus. Tetapi asal je kayu jenis ni memang khasiatnya menundukkan serta menghalau. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan tradisional....


(pendek kata kayu serba boleh jika tahu akan pengunaannya).


Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.