JADUAL PERGERAKAN TUGAS YANG KIAN BERAT

Sepanjang bulan November dan Disember ini, jadual pergerakan tugas kian mencabar. Hari ini, 10 November Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran di SMK Pekan Baru untuk Ketua Pengawas SPM. Aku bertugas sebagai Ketua Pengawas SPM di JF065 SMK Parit Bunga, Muar. Lokasi tugas di Dewan Besar SMKPB dan calon-calon aliran sains. Aku di bantu dengan seorang Timbalan Ketua Pengawas dan 5 orang pengawas. Peperiksaan akan bermula pada 18 Nov - 16 Dis 2009. Jadual SPM agak berbeza tahun ini kerana aku juga menjadi Ketua Pasukan pemeriksa kertas 1225/2 Pendidikan Moral SPM. Pada tahun ini mesyuarat ketua pasukan pada 3hb-8hb Dis di Hotel Faderal, Bukit Bintang KL dan Mesyuarat Penyelarasan Tempatan bersama 10 orang pemeriksa pula pada 10hb-12hb Dis nanti di SMK Chaah, Labis, Segamat. Bermakna pada 13hb-16hb Disember aku akan mengawasi SPM di SMKPB semula.
Hakikatnya, begitulah pada setiap hujung tahun dan kekuatan aku dalam melakukannya adalah demi mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan isteri serta kaum keluargaku. Moga pengorbanan ini mendapat ganjaran yang baik seperti Allah berikan kesihatan yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.