SEROJA SEMALAM

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

ZAHLIA bangun lewat.Itu pun nasib baik ibunya yang mengejutkan Zahlia.Puan Zakiah sangat sayangkan satu-satunya anak perempuan yang diperoleh selepas kematian ayah Zahlia.Zahlia memandu dengan cermat sambil mendengar lagu kesukaannya,SEROJA.Sudah sebulan dia bekerja di sebuah syarikat yang terbesar di Kuala Lumpur selepas pulang dari oversea.Setibanya di perkarangan kereta, Amin mencelah. “Lewat Lia.Ni mesti sebab balik lambat semalam.Min nak temankan,Lia tak nak,”tegur Amin,rakan sepejabat Zahlia.Mereka berjalan menuju ke pejabat.

Mesyuarat hari itu berjalan lancar.Amin berjalan seiring Zahlia.Mereka merancang untuk makan bersama sempena kejayaan mereka mendapatkan projek besar semasa mesyuarat tadi.Semasa mereka melintas,tiba-tiba Zahlia nyaris dilanggar sebuah kereta. “Lia,kenapa tak hati-hati!Tak sayang nyawa ke!Mengelamun ke!”marah Amin.Lia hanya senyap sahaja.Tiba-tiba Zahlia rebah,pengsan.Amin terpinga-pinga dan terus mengahantar Zahlia ke hospital.

Amin masuk wad Zahlia.Muka Amin sugul. “Lia,kenapa tak bagi tahu AminLia zakit.Sampai hati Lia.Amin tak sangka Lia sakit sampai macam ni”katanya. “Lia tak nak susahkan orang yang Lisa sayang.Lia tak mahu Amin sebarkan perkara ni.Lia mohon sangat ya.Amin sahabat baik Liakan,”pohon Lia. “Amin doakan Lia cepat sembuh.Lia masih ada masa untuk sembuhkan,”pujuk Amin lagi.

********************************************

Hari itu sangat dingin.Zahlia kesejukan duduk di basahi embun pagi.Dia tidak ke pejabat beberapa hari ini selepas mendapat MC tempoh hari.Dia tidak menyangka mengalami satu penyakit,kanser rahim,satu penyakit yang berisiko tinggi. “Lia,tadi Ariff telefon ibu.Kenapa Lia tak beri tahu yang Lia dah balik.Ariff macam marah tadi,” kata ibu Zahlia. “Bu,Lia bukan tak nak beritahu Lia dah balik.Lia belum sedia nak jumpa Ariff,”sahutnya.. “Jangan macam ni Lia.Kesian ibu tengok Ariff.Sudah lama ariff menunggu kepulangan Lia.Lia jumpa Ariff ya nak,”pujuk ibu lagi.Zahlia hanya termenung panjang.

Alia!Alia!Nanti dahulu,”teriak satu suara.Alia menoleh.Dilihat orang itu adalah Ariff. “Ariff,ada apa hal datang ni,”kata Zahlia seperti tidak senang dengan kehadiran lelaki itu. “Cari buah hati Ariff la.Lia sihat?Kenapa balik tak beritahu Ariff.Ariff menanti kepulangan Lia hari-hari,”rajuknya.Zahlia diam membisu. “Lia,tengahari ni Ariff nakbelanja Lia lunch.Bolehkan?”pelawa Ariff.Dia tak mampu menjawab sambil mengangguk dan terus ke pejabatnya.

Zahlia membelek-belek dirinya di cermin.Kelihatan dia sangat kurus.Namun Zahlia sedaya upaya untuk menutup setiap kesakitan yang dialaminya.selepas itu,Zahlia keluar dari biliknya sambil tersenyum manis.Ibunya keluar dari bilik sambil menegur. “Lia manis malam ni.Nak ke mana?”soal ibu. “Lia nak keluar bu,dengan Ariff.Ariff ajak Lia keluar,”sahutnya gembira. “Ha,elok macam tu.Ariff pun dah lama tak keluar bersama Lia kan,”kata ibu lagi.POONN..PONN...kereta Ariff sampai. “Ibu,Ariff dah sampai,Alia pergi dulu ya.Assalamualaikum,”jawab Zahlia sambil mengucup lembut ibu kesayangannya itu. “Jangan pulang lewat ya,kirim salam Ariff,”kata Puan Zakiah.

Di atas bukit yang indah,Zahlia bersama ariff melihat pemandangan dari atas bukit. “Cantik tak pemandangan di sini?Lia sejuk ke?soal Ariff. “Errmm...sejuk,”jawabnya. “Nak tahu tak,kalau Ariff rindukan Lia,Ariff selalu ke sini.Disinilah tempat Ariff meluahkan perasaan Ariff sewaktu Lia tak ada,”katanya. “Thanks,Lia tak tahu nak kata apa lagi.Cantik sangat.Kenapa Ariff sanggup tunggu Lia?”jawab Zahlia pendek. “Lia,kita kawin ya,sampai bila Ariff nak tunggu Lia.Ariff terlalu sayang kat Lia.Lia mengertilah maksud Ariff ni.”bincang Ariff. “Lia..Lia tak sampai hati nak mengecewakan Arif.Lia sayang Ariff,tapi...”senyap Zahlia tiba-tiba. “Alia!Alia!Kenapa ni.Jangan takutkan Ariff,”cemasnya.Ariff terus menghantar Zahlia ke rumah semula.Malam itu menjadi hari yang resah buat Ariff.

“Mama,tolong faham perasaan anak mama sorang ni.Please ma,”pohon Ariff. “Ariff tahukan pertalian kita dengan mereka macam mana.Mereka tak sefahaman dengan bisnes kita nak.Mama tak kisah Ariff nak kawin dengan sesiapa pun,tapi kenapa Lia?”tanya Puan Maria. “Ma,Ariff tak nak orang lain selain Lia.Lia satu-satunya buah hati Ariff selama-lamanya,”rayunya lagi.Ariff terus merayu.Rumah agam peninggalan arwah bapa Ariff sunyi sahaja.

***************************************************

Ariff merenung tajam Zahlia. “Eh,kenapa pandang Lia macam nak telan ni.Takut Lia,”sergah Lia. “Ariff tengok Lia kurus sangat-sangat.Kenapa?Sakit ke,”soal Ariff. “Hehehehe...Kurus ke?Ala,Lia diet la.Eermm...apa kata Ariff belanja Lia.Jom,”gurau Zahlia manja. “Nanti makan banyak-banyak tau.Biar Lia comel sikit,”jawabnya.

“Ariff rindu Alia.Rindu sangat-sangat.Senyuman Lia,rajuk Lia segala-galanya tentang Lia,”kata Ariff sayu. “Lia belum bersedia,Lia takut.Lia tak sanggup lukakan hati Ariff,lagi-lagi mama Ariff,”beritahu Zahlia. “Ariff tak kira.Ariff mahu bahagiakan Alia.Sehidup semati bersama,”jawabnya lagi. “Ariff....Terima kasih kerana mengasihi Lia,”kata Zahlia sayu.Mereka makan sambil berbual mesra.

Hari pernikahan semakin tiba.Zahlia telah di andam oleh seorang rakannya yang juga mempunyai sebuah butik perkahwinan di Kuala Lumpur.Zahlia manis berpakaian pengantin sedondon Ariff.Majlis berjalan seperti biasa.Selepas upacara membatalkan air sembahyang,tiba-tiba Zahlia rebah di sisi Ariff.Puan Zakiah segera menyuruh Ariff membawa Zahlia ke hospital.Semua tetamu terkejut sambil memerhatikan pasangan pengantin.

***************************************************

“Mama tak sangka menantu mama orang sakit,”kata mama Ariff. “Ma,Ariff sayang Alia.Ariff akan jaga Alia.Mama jangan macam ni,Ariff sayang mama,”pujuk Ariff.Rumah Ariff sunyi sepi. “Ma restukan Ariff mama,rayu Ariff lagi. “Baiklah putera mama,tapi Ariff jangan tinggalkan mama ya.”ujar Puan Maria.Mereka berbual mesra bersama.Tidak lama lagi,rumah agam itu akan berseri dengan kehadiran seseorang.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN,

Zahlia tertidur di atas sofa sambil menunggu kepulangan Ariff.Jam sudah menunjukkan 12.00 malam.Ariff pulang sambil membuka pintu perlahan-lahan.Dilihat Zahlia tidur di atas kerusi.Tiba-tiba Zahlia tersedar. “Abang!kenapa lewat balik?Lia tunggu abang,”tanya Zahlia teragak-agak.Ariff tidak menjawab pertanyaan Alia.Dia hairan dengankelakuan suaminya.Alia keberatan untuk memberitahu berita gembira selepas Ariff berkelakuan sebegitu.Mereka terus masuk bilik.

Malam itu Zahlia dahaga.dia ke dapur seorang diri.Dalam masa yang sama,Alia tidak dapat melelapkan mata.Tiba-tiba Ariff tersedar. “Kenapa Alia tak tidur lagi?soal ariff. “Alia...,”senyap Zahlia. “Hhmm...Lia,abang nak minta maaf pasal tadi.Abang letih sangat-sangat tadi.Masalah pejabat lagi,abang rungsing.Abang takut Lia jadi mangsa kemarahan abang nanti.Sebab itu abang senyap tadi,”kata Ariff sayu. “Abang,Lia ada berita buat abang.Tak lama lagi,abang akan menjadi seorang ayah tapi...,”kata Zahlia perlahan.Ariff hanya mampu tersenyum lebar sambil memeluk erat Zahlia.Zahlia menangis perlahan.Mereka tidur dalam cahaya rembulan.

“Abang,Lia sanggup lahirkan anak ini untuk zuriat kita.Jikalau Lia tak ada lagi,inilah satu-satunya harta yang dapat Lia tinggalkan untuk abang.Lia nak abang janju akan jaga anak kita,”katanya. “Lia,jangan cakap macam tu.Abang sayangkan Lia.Kita ada banyak lagi janji yang belum kita capai.Abang nak bahagiakan Lia sampai akhir hayat,”puju suami kesayangannya itu.Ariff redha dengan ujian yang di tentukan oleh-Nya.Sesungguhnya cintanya kepada Zahlia tak pernah pudar walaupun pelbagai masalah sering berlaku.

*********************************************

9 TAHUN KEMUDIAN

Ariff memandu seperti biasa. “Pa,papa tengok tak Tika lari tadi ni,”soal Atika. “Anak papa lari mestilah papa tengok.Balik nanti tunjuk pada nenek tau,”kata Ariff.Ariff mengelamun memandang anaknya,Atika.Ariff hanya memerhatikan anak kesayangannya yang gembira memenangi hadia tadi.Setiap kali dia memandang Atika,Ariff pasti akan terkenangkan kenangan manis bersama isterinya yang kini telah pergi sewaktu melahirkan zuriat mereka yang satu,Atika.

Selepas Ariff membawa Atika makan di Mc Donald sempena kemenangannya,mereka pun pulang. “Nenek!Nenek!Tika menang lari tadi,tengok la hadiah yang Tika dapat ni,”jerit Atika sambil berlari. “Handal la cucu nenek ni.Mari sayang,”kata mama Ariff.Ariff memandang mereka sambil tersenyum.Mama Ariff melayan kerenah cucunya sambil memberi ikan makan di kolam.

Ariff teringat kenangan bersama Alia sehingga lahirlah Arnie Atika.Zahlia didapati tiada pilihan sama ada menyelamatkan bayi atau dirinya.Zahlia sanggup mengadaikan nyawa untuk Atika,walaupun menghadapi penyakitnya yang kronik.Zahlia meninggalkan Ariff selepas melahirkan Atika.Zahlia telah dikebumikan berhampiran dengan pusara bapanya di Petaling Jaya.Kini,Ariff hanya setia pada buah hatinya yang satu.Hanya Atika...

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.