PENGORBANAN

OLEH : AMRI HJ YAHYA

Aku hanya mendiamkan diri tatkala guru ku Puan Habibah meminta wang yuran yang belum aku jelaskan kepadanya.Aku tidak mampu untuk menjelaskan wang sejumlah seratus ringgit kerana keluargaku orang miskin.Semenjak ayahku meninggal dunia sepuluh tahun yang lepas akibat penyakit kroniknya.Hidupku sekeluarga seperti layang-layang putus talinya..aku juga kadang kala tidak membawa wang ke sekolah kerana masalah kewangan keluargaku tidak mencukupi..lebih-lebih lagi abang ku yang sulung,Rizal belum lagi mampu menyara kehidupan aku dan adik beradik..Kami juga mengharapkan pengorbanan dan perit jerih emak membanting tulang empat kerat,iaitu emak yang menghantar kuih-muih di warung Pak Samad dihadapan rumah.Tambahan pula,aku mempunyai dua orang adik iaitu Razif dan Rania yang masih bersekolah disekolah rendah..

“Riza!!!”,jerit teman sekelasku Fera yang merupakan teman akrab ku sejak kecil lagi..tiba-iba lamunan ku terhenti kerana terdengar suaranya.”Kenapa dengan awak ni?”soalnya seolah-olah ingin mengetahui apa yang membuatkan aku berseih...aku cuba mengelakkab diri daripada Fera aku tidak mahu menyusahkan lagi hidupnya bagiku dia banyak membantu ku ketika aku hendak membeli barang sekolah yang tidak mencukupi. “Kenapa dengan awak ni,kenapa tiba-tiba larikan diri daripada saya?”soal Fera kepadaku dan aku hanya mematikan diri.Seperti mengelak daripada memberitahu kepadanya apa yang telah terjadi kepadaku.. “Saya tahu awak mesri tak cukup wang nak membayar yuran sekolah bukan?”soalnya lagi terhadapku..Kemudian loceng kelas berbunyi menandakan waktu tamat pembelajaran pada hari itu...Lantas sebelum Fera keluar daripada kelas itu,dia menarik tangan ku untuk memberikan wang berjumlah seratus ringgit untuk membayar yuran sekolah.Dan aku masih terpinga-pinga..kemudian terus mengejarnya keluar sampai di pintu pagar sekolah itu...belum sempat ku memanggilnya..dia terlebih dahulu sudah memasuki ruangan perut kereta ayahnya..

Petang itu seperti biasa.Aku membantu emakku menjaga adik-adikku,sementara emakku sibuk membantu Pak Samad di warungnya.Tiba-tiba along abangku pulang dari menoreh getah di kebun arwah ayah.. “Ija mak mana?Sudah balik ke belum?”soalnya terhadapku. “Entah la Long,biasanya waktu begini mak sudah pulang ke rumah,tapi tak sampai-sampai pun”jawabku...Kemudian aku membiarkannya menyalin pakaian..setelah itu aku mengajaknya berbual “macam mana dengan kerja?Long sampai penat tak?Soalku..” macam ni lah Ija penat,kalau abang boleh abang nak cari pekerjaan yang lain supaya dapat menampung hidup kita sekeluarga”beritahunya dengan wajah yang rungsing..”Long sebenarnya kat sekolah tadi kawan Ija,Fera dia bagi duit suruh bayar yuran sekolah,cikgu pun marah tadi sebab lambat bayar yuran sekolah Long,”beritahu aku dengan nada yang sedih..dan menunggu reaksi muka along..

“Eh kau jangan nak mengada-ngada,dan jangan sesekali ambil wang itu.Kita bukannya tak mampu nak membayar yuran itu” jawab along memecah kesunyian petang itu. “Tapi Long”,jawabku dengan nada perlahan. “Takde tapi-tapi,esok Along tahu Ija pulangkan duit seratus ringgit tu”ujarnya lagi,ketika aku dan along sedang berbincang memikirkan jalan untuk membayar duit yuran itu,tiba-tiba emak sampai dirumah.. “Apa yang kau orang ni bincangkan?adik-adik mana Ija?”sambil emak menyusun kotak kuih di atas meja untuk dibasuh..”Ada, Si Razif tengah buat kerja sekolah dia mak,Rania sedang tidur,penat agaknya.” Ujarku lembut. “Hah,along kau kenapa monyok je?,”soal emakku,ketika along sedang duduk di atas kerusi malas kepunyaan arwah ayah.. “Mak along rasa,along nak minta kerja dekat kilang la mak.Nak cari wang pendapatan lebih untuk membayar yuran adik-adik”,beritahu along. “Mak bukan tak kasi kau pergi kerja jauh-jauh nak tapi.....mak risaukan siapa nak menguruskan ladang getah kepunyaan arwah ayh kau tu nanti?”,jawab emak dengan nada yang sedih..Ladang getah itu merupakan satu-satunya peninggalan arwah ayah.

Angin dingin malam itu,membuatkan aku teringatkan kata arwah ayah “jangan kita susahkan hidup orang nak,jangan malas bekerja walaupun kita sekaya macam orang lain.Ayah harap Ija boleh meneruskan pelajaran sampai ke menara gading,ayah nak sangat kau berjaya Ija”,ujar ayah sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir..Tiba-tiba aku terasa bahuku dicuit orang.. “Ooo..pikirkan pasal pakwe ye??”,usik adikku Razif.. “Ishh mana ada,mengarutlah Ajib ni”,ujarku dengan memanggil nama samaran manjanya.. “habis tu kenapa termenung kat tepi jendela ni,biasanya orang yang termenung kat sini dia mesti teringatkan pakwe dia kan”,?tambahnya lagi mengusik aku.

“Ish adik aku ni kecil-kecil dah pandai eh,mesti dah ada makwe ni?”,usikku yang menyebabkan mukanya berubah menjadi kemerah-merahan...setelah itu,aku membantu emak menyiapkan makan malam,dengan mengoreng ikan kering bulu ayam dan kangkung goreng untuk dijadikan menu malam ini.Kami sekeluarga sudah biasa makan ikan masin dan ulam-ulam kampung.Malah kami bersyukur dengan apa yang kami miliki.Selepas menyiapkan makanan tersebut aku menghidangkan ke atas meja untuk dimakan bersama.

Pagi itu aku seperti biasa menolak basikalku di tepi bangsal untuk menghantar adikku Rania,manakala along membawa Razif seperti biasa,setelah menghantar adik-adikku ke sekolah along menuju ke ladang getah,manakala aku meneruskan perjalanan untuk pergi kesekolahku.Bila sampai ke sekolah, aku ditahan oleh pengawas akibat datang lewat kesekolah..aku sebenarnya sudah lali ditahan oleh pengawas,malah mereka selalu mengecam bahawa akulah pelajar yang datang lewat kesekolah setiap hari..kemudian aku dibenarkan masuk ke kelas kerana waktu pembelajaran hampir bermula.. “Rizal sini sekejap,panggil Puan Habibah,ke arahku.. “awak akan diberikan biasiswa oleh sekolah pada tahun ini”,beritahu Puan Habibah sambil tersenyum.. “terima kasih cikgu”,ujarku dengan selamba.. “Saya dapat biasiswa sekolah pada tahun ini,Alhamdulillah..”,jawabku berasa teramat bersyukur.Dapatlah aku membeli buku-buku rujukan dan membantu adik-adikku..fikirku lagi.Nah ambillah balik duit seratus ni,aku mengembalikan kepada Fera. “Eh,apa ni kan saya suruh awak ambil,tak payah lah,ambil je”ujar Fera. “tapi abang saya melarangnya”,jawabku sambil menyerahkan wang tersebut.Mahu tak mahu Fera terpaksa mengambil wang itukembali dengan rasa berat hati,itu pun setelah berkali-kali aku memujuknya.

Tengahari itu setelah pulang aku dari sekolah,aku memberitahu kepada emakku dan abangku bahawa aku mendapat biasiswa yang berjumlah RM1000 setahun.Jelas tergambar kegembiraan berbaur kesyukuran di wajah mereka yang selama ini telah banyak melakukan pengorbanan memerah kudrat yang ada untuk memastikan aku dan adik-adikku meneruskan persekolahan.Tahun itu juga aku bakal mengambil SPM..dan berkat doa yang tidak putus-putus dari emak dan abangku ditambah pula dengan keazaman yang membara dalam diriku,aku berjaya mengahadapinya...alhamdulillah

10 TAHUN KEMUDIAN...................

Aku berjaya menjadi seorang guru seperti yang aku impikan selam ini..kemudian adikku Razif dan Raniaberjaya melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ijazah kedoktoran.Pada saat itu aku merasakan hidup aku dan keluargaku sungguh bahagia.Emak tidak lagi menjual kuih dan abang juga tidak lagi menoreh getah,kerana mereka kini giat mengusahakan sebuah restoran yang semakin mendapat tempat dikalangan penduduk kampung dan kian berkembang.Kalaulah ayah masih ada,tentu dia bangga dengan apa yang kami sekeluarga miliki sekarang. “Ayah,kami sayang ayah,lihatlah anakmu ini sudah berjaya,”bisik hati kecil ku.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.