MEMORI PANTAI CAHAYA BULAN.

OLEH: AMRI HJ YAHYA.

“Sila kenalkan diri anda apabila nama anda disebut..”seorang pemuda yang berpangkat senior memberi arahan kepada penuntut Universiti Malaya yang baru sahaja mendaftar pada minggu lepas.Kini hampir 2 minggu aku berada di universiti ini,satu pengalaman baru berjauhan dengan umi dam abah dikampung. “Tasha!!” tersentak aku apabila satu suara yang tinggi menikam telingaku. “Kalau awak nak berangan,just pack your clothes and then go back your hometown!”kata-kata yang kasar oleh senior tadi menikam hati lembutku.Aku hanya diam membisu membiar air mata dari jatuh ke pipi. “Apa awak tunggu lagi?”jerkah senior tadi.Berpuluh pasang mata memandang ke arahku. “Nama saya Nadia Natasyha bte Amirudin,berasal dari Muar,lahir 19 Sept 1989 mengambil jurusan perubatan”.. “awak tak nak bagi tahu hobi awak yang suka tidur?” uuhh..sengaja naikkan darah aku..!aku memberi jelingan tajam kepada senior tadi.Dengan muka selamba senior tadi memperkenalkan diri.. “okey guy’s anyway my name is Aiman Haikal bin Datuk Khalid,you guy’s just call me Aiman@Haikal.Sekian sahaja orientasi kita pada hari ini,kamu semua boleh balik bilik masing-masing.

*********************************************************

“Assalamualaikum?.. “Waalaikumssalam”jawab Ardina dari dalam bilik. “Eh...Sha kau pergi mana?Puas aku cari kau lepas keluar dari dewan tadi. “Ardina bertanya. “Aku pergi bookstore tadi beli novel jap.Bosan satu jam menghadap muka senior poyo tu..”jawabku selamber. “Alah Sha relaks la maybe dia sengaja uji kesabaran kau tadi,relaks okey..”.Dina menenangkan hatiku.Aku hanya memandang kosong. “Jangan kau benci sangat dia tu,ntah-ntah dia jodoh kau ke..?..” usik Dina.Aku segera memberi jelingan kepada Dina. “Opss sorry..” segera Dina menutup mulutnya.

*********************************************************

“Eeii...bencinya pagi-pagi dah kena tengok muka si poyo tu..”rungut dihati Tasya. “Hai..kat tengah-tengah padang pun nak tidur jugak ke?”sindir Aiman Haikal.Aku diam sahaja. “Jangan sombong sangat,nanti tak laku sampai ke tua..”Okey guy’s thanks for coming...actually,hujung minggu ini kita akan ke Kelantan dan akan bercamping di PBC a.k.a Pantai Cahaya Bulan.So,this Friday saya mahu jam 6.30 pagi anda semua sudah berada di tapak ini.Semua junior wajib melibatkan diri,faham?!!terang Aiman.

*********************************************************

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba,seperti yang telah ditetapkan,semuajunior berada di tempat yang diarahkan untuk berkumpul.Masa perjalanan memakan 6 jammembuat badanku rasa letih.Setelah berdaftar di chalet,masing-masing mengambil peluang untuk berehat.Setelah lebih kurang 2 jam berehat semua junior dipanggil berkumpul untuk memberitahu aktiviti yang akan dijalankan. “Eei..best la aktivitinya..”kata Dina.. “Alah semua nye best..” kata Tasya sambil senyum sinis. “Dapat la kita berehat kat sini ek.” “Ehem!ehem!hei apa korang buat kat sini..?!..” “tu pakwezz aku panggil..”kata Iiyana sambil menjuihkan bibirnya ke arah Haikal.Eleh declare ke korang tu couple?!..sindir Dina. “Dah la aku malaslah nak tengok korang gaduh kat sini”aku menarik tangan Dina.Aktiviti yang dibuat oleh ketua ekspedisi iaitu Aiman sungguh memenatkan tapi seronok.Hilang sakit di hati aku.

**********************************************************

Malam terakhir kami di PBC menyeronokan.Tanpa disangka aku dengan Haikal menyanyikan lagu duet. “Sha saya nak cakap sikit boleh?”.Apa dia..?kataku penuh dengan jelingan tajam. “Sha..saya nak kawan dengan awak lebih rapat boleh?”.. “Hai bukan ke kita dah berkawan sekarang nie?..jauh sikit please”kataku sambil menolak badan Haikal yang semakin dekat denganku.Tanpa menghiraukan pelajar-pelajar disekeliling kami,Haikal memegang erat jari-jemariku dan mengatakan “Nadiah Natasyah Bte Amirudin...i really love you and hope i can live with you..please accept my love..” Pangg!!satu tamparan hinggap dipipi Haikal.Aku berlari menuju ke chalet,membuatkan mereka tercengang kehairanan.Sha kenapa ini Sha..?Dina mengesat air mata ku yang deras jatuh. “Aku benci dia..aku benci..depan aweks dia pun dia sanggup buat macam tu ini kan pulak aku nanti..”jawab aku teresak-esak. “Sha..kau benci dia,tapi kau tak patut tampar dia macam tu sekali” Malu dia Sha..”.. “biarlah, kau tahu kan Iiyana dengan Haikal tu declare couple?..”.. “Sha aku tau,jauh di sudut hati kau,kau pun mencintai dia please Sha jangan terlalu ego..”.. “Tapi aku tetap benci dia Dina..aku pun tak tahu kenapa Dina,aku nak balik.”sayu hatiku.Hei perempuan!!dasar tak tahu malu rampas boyfriends orang.Kau tak ada maruah ke?!”jerkah Iiyana dan terus menampar muka ku...aku jatuh tersembam dikaki katil. “Yana!!” jerit Haikal dan terus menerpa ke arah ku.Dalam keadaan yang lemah aku masih mampu lagi menolak tangan Haikal dari mengangkat aku. “Dina aku nak balik sekarang..” suara ku lemah.. “Sha..”lembut sahaja suara Haikal memanggil namaku.. “tolong tinggal kan saya sekarang”..aku melihat titisan air mata jatuh dipipi Haikal.Iiyana mendengus sambil berlari keluar.. “Haikal,saya rasa baik awak keluar,Tasya perlukan masa.”pujuk Dina. “I woun’t never give up to get and love Nadia Natasyah”serius Haikal sambil berlalu pergi.

**********************************************************

Hampir setiap hari aku menerima bunga dari Haikal,tetapi aku tetap dengan diriku. “Sha..kenapa kau masih lagi menghukum diri kau Sha?kenapa kau hukum Haikal Sha?..apa dosa dia pada kau?kau sendiri tau kan dia tetap setia menanti kau..bagi la dia satu peluang Sha..”Dina memujuk.. “Kau tolong aku ye Dina...

**********************************************************

“Kita nek kemana ni?” soalku apabila Haikal laju memandu kereta proton Viva miliknya. “Surprise okey..”jawabnya tersenyum..Aku menangis terharu apabila melihat Pantai Cahaya Bulan di hadapanku.. “Sha selama setahun Haikal menanti balasan cinta Sha,alhirnya dan Haikal nak PCB ini menjadi saksi bahawa Aiman Haikal bin Datuk Khalid mencintai Nadia Natasyah bte Amirudin dengan sepenuh hati.Will you mary me?” luah Haikal sambil menghulurkan sebentuk cincin dibawah cahaya bulan purnama.Dengan hati terbuka aku menganguk tanda setuju. “Walaupun kita masij belajar?”soalku. “Yup!..and kita akan buka klinik sama-sama,ditemani anak-anak kita nanti.Bulan depan kita nikah okey?

**********************************************************

Hari bahagia yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Aku berdebar-debar disolek oleh mak andam.Langit tak selalu cerah..di hari bahagia menjadi hari paling pahit dalam hidup ku.Satu jam aku menunggu rombongan dari pihak lelaki..hati aku resah.Tiba-tiba telefonku berdering aku menerima berita tentang kepergian Haikal untuk selamanya.Haikal terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.. “Ya Allah..”jerit ku..dunia aku terasa gelap.

*********************************************************

Pagi yang jernih,angin yang sepoi-sepoi bahasa menyentuh muka ku...aku membaca surah yasin untuk arwah Haikal..aku redha dengan kepergian Haikal...semoga arwah berada dikalangan orang-orang beriman.Cinta abadiku milikmu sayang ku..semoga aman kau disana.Tunggu ku dipintu syurga mu..Al-Fatihah.

P/S: SEHIDUP SEMATI KADANGKALA BENAR APABILA MENGUJI SESEBUAH PASANGAN YANG AMAT UTUH CINTANYA.PERMINTAAN NADIA NATASYAH SUPAYA AIMAN HAIKAL MENUNGGU NYA DIPINTU SYURGA DIKABULKAN ALLAH S.W.T

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.