SEPUTIH SALJU

KARYA : AMRI HJ YAHYA.

“Sudah tiga tahun aku menetap di Jepun,memang lah ‘best’ tapi aku tak mempunyai ramai kawan.Apa tidaknya, dia orang kurang faham bahasa inggeris.Macam mana aku nak berinteraksi dengan dia orang.Fuh..”keluh Iskandar yang sedang mengelamun sambil melihat keluar tingkap biliknya.Tuk!tuk!,bunyi ketukan pintu biliknya. “Ishie!cepat keluar!mama nak pergi keluar sekejap,ada kerja sikit.Ishie jaga rumah ye,jangan keluar rumah tau,Sali akan turun nanti,ini Akiera datang ni.” Ujar mama.Iskandar termenung seketika. “Hai Ishie-san! Kenapa termenung saja,nampak sedih aje.” Ujar Akiera yang bertutur dalam bahasa inggeris dengan fasih.Akiera seorang gadis Jepun yang sebaya dengann dan merupakan satu-satunya teman rapat Iskandar di Jepun.Mereka berinteraksi dengan menggunakan bahasa inggeris. “Ah!! Kenapa lah semua orang panggil aku Ishie.Nama aku Iskandar lah!” keluh Ishie.Akiera tersenyum. “Disebabkan muka awak macam orang jepunlah kami panggil awak Isie.” Ujar Akiera.Iskandar memalingkan mukanya ke arah tingkap. “Hei! Dah salji!!” teriak Iskandar sambil menghala kan jari telunjuknya ke luar tingkap.Akiera terkejut,lantas memandang keluar. “Salji dah turun!Seminggu lagi hari lahir awak akan tiba!”jawab Akiera yang berbahasa inggeris.

* * * *

Hari lahir Iskandar telah tiba,tetapi ibu bapanya masih sibuk dengan urusan pekerjaan masing-masing.Iskandar sering keseorangan di rumah,ada orang pun hanyalah pembantu rumahnya.Tuk!Tuk!kedengaran bunyi ketukan pintu rumahnya. “Hai,Ishie!Selamat Hari Lahir ke lapan belas tahun!”teriak Akiera yang berada di hadapan pintu rumah Iskandar.Iskandar terdiam seketika sambil melihat raut wajah Akiera yang riang. “Terima kasih Akiera,terima kasih kerana ingat hari lahir saya,awak memang kawan yang baik.”ujar Iskandar.Akiera tersenyum simpul dan pada masa yang sama menghulurkan sehelai selendang dan sepasang sarung tangan yang dikaitnya untuk dihadiahkan kepada Iskandar. “Maaf Ishie,saya tak sempat membalutnya.”sapa Akiera sambil mengerutkan dahinya.Iskandar tersenyum sambil berkata, “tak apa la Akie,dapat ucapan dari awak pun sudah memadai,ini kan pula hadiah dari buatan tangan awak.”Akiera melihat Iskandar dengan raut wajah yang sedih. “Iskandar,saya minta awak simpan hadiah saya sebaiknya ya,”ujar Akiera sambil menundukkan kepalanya.Iskandar hairan melihat reaksi gadis comel itu yang kelihatan riang bertukar menjadi suram. “Ishie,adakah saya seorang kawan yang baik pada awak?”soal Akiera kepada Iskandar. “Kenapa Akie?bagi saya awaklah kawan yang paling baik yang pernah saya jumpa kat Jepun ni.”jawab Iskandar.Mereka berdua terus keluar melihat salji yang semakin lebat menurun.

* * * *

Pagi itu salji turun dengan lebat.Riuh-rendah kedengaran suara kanak-kanak bermain di luar rumah. “Akiera!Akiera!”jerit Iskandar diluar pagar rumah Akiera. “Oohh..! Ishie-san,Akie kurang sihat hari ini,jadi dia tak dapat jumpa kamu.”ujar ibunya yang berbahasa inggeris.Iskandar kehairanan.Dia tidak menyangka Akiera yang kelihatan sihat semasa hari jadinya seminggu yang lalu bertukar sakit.Sudah seminggu Iskandar tidak menemui Akiera.Akiera juga langsung tidak pergi ke rumahnya.

Suatu hari,Iskandar nekad pergi ke rumah Akiera untuk menemuinya.Apabila sampai di rumah Akiera,Iskandar terlihat Akiera dan ibu bapanya menaiki teksi di hadapan rumah mereka.Akiera kelihatan pucat lesu dan lemah. “Akie!!,tunggu saya!!”jerit Iskandar sambil berlari menuju ke teksi di hadapan rumah Akiera. “Akiera,mana awak nak pergi ni,dengan beg yang besar ni?”soal Iskandar kepada Akiera.Akiera tunduk lalu menitiskan air matanya. “Ishie,saya harus pergi.Saya akan berpindah ke New York dan saya tidak akan tinggal di sini lagi..”ujar Akiera dengan nada yang lemah. “Tapi,kenapa?Bukankah awak dah berjanji pada saya yang awak akan jadi kawan baik saya dan menetap disini sampai bila-bila?” soal Iskandar kepada Akiera sambil membuka topinya.Akiera menangis teresak-esak.Salji yang turun dengan lebat seakan tidak memenarkan Akiera pergi. “Saya harus pergi,lagipun papa dan mama saya dah ditukarkan ke New York.Saya hanya mahu bertukar tempat sahaja.Awak tak rasa bosan ke dengan tempat elit macam ni?Saya bosan berkawan dengan awak saja.”teriak Akiera yang sedang cuba menyembunyikan dukanya.Iskandar terkejut.Dia menyangkakan Akiera tidak mahu berkawan dengannya lagi. “Baik! Pergilah! Saya sangkakan awak adalah kawan yang sejati walaupun kita berlainan negara dan agama.Rupanya saya salah!!” jerit Iskandar lalu beredar dari rumah Akiera dengan kemarahan.

* * * *

Setelah sebulan Akiera menetap di New York,satu berita pun Iskandar tidak terima darinya. “Ishie! Ishie! Ada surat untuk kamu!”teriak ibunya memanggil Iskandar.Lantas Iskandar mengambil dan terus membuka surat tersebut. “Kenapa Ishie?Kenapa ni?” ujar ibunya yang dalam kebimbangan. “Akie,Akie,mama...sebenarnya Akiera pergi ke New York untuk membuat terapi.Dia sakit..dan sekarang sedang kritikal..Ma,Ishie ingatkan Akie tu jahat,rupanya dia sengaja cakap macam tu supaya Isie lupakan dia..supaya Isie benci kat dia..”ujar Ishie dalam kesedihan sambil menatap surat yang diberikan oleh bapa Akiera.Salji yang turun dengan lebat seakan turut bersimpati dengan Iskandar.

“Tuhan,semoga Akiera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.Semoga dia terus tersenyum riang bagaimana senyuman yang diberikan pada aku satu masa dulu..” kata Iskandar dalam hatinya sambil mendongakkan kepalanya ke atas.Baginya musim salji di Jepun kali ini memberi seribu makna yang mendalam.Ketiadaan “salji putih” yang dianggap sebagai Akiera oleh Iskandar tidak dapat di cari ganti kerana Akiera teman yang sejati buatnya.

* * * *

Setlah dua tahun berlalu,giliran Iskandar dan keluarganya berpindah pulang ke tanah air.Semenjak ketiadaan Akiera,Iskandar menjadi seorang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. “Ishie,ni surat untuk kamu,mama jumpa surat ini kat tepi tong sampah nasib baik tak terbang ke mana-mana.”ujar ibunya.Iskandar membuka suratnya dengan perlahan,setelah membaca surat tersebut,Iskandar hanya mampu tersenyum.Raut wajahnya menggambarkan kesyukuran yang amat tinggi. “Syukurlah mama,akhirnya Akiera dah pulih dan sihat semula.”kata Iskandar kepada ibunya dengan nada yang lembut.Setelah berkemas,akhirnya Iskandar pulang ke tanah air dengan senyuman. “Salju Putih” yang difikirkannya suram,akhirnya kembali segar dan cantik.

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.