CERITA KITA

CERITA KITA

Oleh:Amri Hj Yahya

Lisa menyusun kertas yang dipegangnya.Serabut fikirannya memikirkan tugas yang perlu dijalankan sempena minggu bahasa. Sebagai pengerusi kelab bahasa, dia perlu memastikan kesemua kertas yang dipegangnya.

“Ko ni buta ke?Tak nampak aku tengah jalan ni.....sibuk je...”jeritan Khai bergema memecah kesunyian perpustakaan sekolah Seri Damansara 1,Kuala Lumpur.Lisa terkesima. Pelajar yang berada dalam perpustakaan tersebut memandang ke arah mereka.Lisa yang sedang tunduk memungut kertas yang bertaburan akibat terlanggar dengan Khai segera berdiri tegak menghadapnya.Wajah Lisa kelihatan merah menahan kemarahan.Khairul Affendi Azhar, mamat yang paling menjengkelkan yang pernah Lisa temui kini berdiri dihadapannya.Mamat ini merupakan antara pelajar yang paling Lisa menyampah dan kalau boleh, dia sedaya upaya tidak mahu bertembung dengan Khai.

“Kurang ajar punya jantan kau ingat aku ni sengaja ke!!”bisik hati Lisa nak je Lisa sembuh ayat tu kat mamat ni.Padanlah ni perpustakaan.Sabar Lisa,sabar....Lisa segera menolak bahu Khai yang menghalang perjalanannya ke bilik tayang.

“Tepilah......”

“Wei minah,kau tak reti mintak maaf ke?”

Lisa tidak mempedulikkan Khai yang sedang bercakap dengannya. Malah dia menjelir lidah ke arah Khai.Khai membulatkan matanya, terkejut!Lisa ketawa geli hati.

“Aku ingat.....aku ingat.....jaga kau!’ janji Khai dalam hati.

* * * *

Lisa segera menuju ke makmal komputer.

“Peh.......aku dah lambat ni.Mati aku dengan Cikgu Samad kang....’

Fikiran Lisa jauh mengelamun memikirkan apa yang bakal dihadapi olehnya nanti.Tiba-tiba, kedengaran namanya di panggil.

“Lisa!!!!!Lisa!!!!!Lisa!!!!Nuralissa Zaki!”jerit suara tersebut. “Siapalah yang panggil nama penuh aku ni pulak?Dahlah aku nak cepat ni,ada je...’fikir Lisa.

“Sorrylah Lisa,saya ganggu awak .Ni file dan kertas laporan kelab kaunseling yang Cikgu Ahmad suruh saya bagi kat awak....Nah...”kata Amir sambil menghulurkan beberapa helai kertas dan file kepada Lisa.Lisa tersenyum. “Thanks Amir.....awak datang tak petang ni?ada kelas tambahan geog..kan kelas kita bergabung...”Soal Lisa. “peh, Lisa...Lisa......mengedik pulak kau ni ye?Amir,my admire and my prince charming....oh......’bisik hati Lisa. “Lisa....Lisa.....are you ok?” soal Amir.

“Hah?Okey...okey...eh...awak dah siap kertas soalan 2006 dengan 2007 yang Cikgu Marissa bagi masa kelas tambahan minggu lepas?” soal Lisa.Laju je soalan itu keluar dari mulut Lisa nak ‘cover’ bengang.

“Ada yang siap...ada yang tak dapat.Awak?Eh,lupa pulak.Nanti saya pulangkan buku nota awak.Sorry tau.” Ucap Amir sambil tersenyum.So sweet!.Senyuman yang boleh buat hati Lisa cair.

“Takpe.Lagi pun nota BM awak pun saya belum habis study lagi.Eh,dah lambat ni...saya ada kelas,” kata Lisa sambil melihat jam di tangannya.

“Pergilah.....lagi pun saya nak uruskan perlawanan futsal yang diadakan next month tu...awak join kan?” soal Amir.

“Hah?Ya...Oklah awak.Saya pergi dulu.” Ucap Lisa sambil berlalu pergi.Hanya Tuhan je tahu betapa suka dan gembiranya Lisa dengan pertemuan itu.

* * * *

Lisa dan Maya masuk ke Dewan Sri Damansara 1 sambil bergelak ketawa.Lisa duduk di tepi dewan sambil matanya melilau mencari seseorang.Maya pula pergi ke stor untuk mengambil bola.

“Peh.....mana la pulak Amir ni.” Getus hati Lisa.Lisa terus memerhatikan keadaan sekeliling.

“Ko ni kenapa pulak?kata nak training netball...”tegur Maya,kawan baiknya sambil memegang bola jaring.

“Hah?Takde apa-apalah.Jom.........”Lisa segera berjalan menuju ke gelanggang netball.Tiba-tiba....

“Aduh...........sakitnya”jerit Lisa sambil memegang kepalanya.

Kelihatan sebiji bola sedang bergolek disebelahnya.Lisa merenung ke arah sekumpulan pelajar yang sedang memerhatikannya.Kelihatan Khai sedang melambai ke arahnya.

“Woi!Buang tabiat ke hah?Tak nampak aku kat sini yang tengah tercongok macam tiang bendera ni.....Buta ke?”tengking Lisa.Kini,tibalah Lisa meluahkan kegeramannya yang dah lama di tahan itu.Nasib baik hanya beberapa orang pelajar yang berada di dalam dewan tersebut.

“Opssstt.....ada orang pula.Ingat tiang tadi”perli Khai.Lisa merenung Khai tanpa berkelip.Dia berjalan menuju ke arah Khai sambil tersenyum.Apabila semakin hampir...Buk!!!!!!!Tendangan halilintar yang dipelajarinya sewaktu Latihan Taekwando menyelamatkannya.Lisa lari dan terus belajar menuju ke Blok D.Lisa menaiki tangga dengan laju dengan harapan Khai tidak dapat mengejarnya.Sangkaan Lisa meleset,Khai merupakan olahraga sekolah.Dengan sekelip mata,Khai berada di belakangnya.Khai menarik tangan Lisa ke belakang.Lisa tersentak dan membuatkannya terjatuh di tangga lalu menghempap Khai.Kini,kedudukan Khai sedang baring di ayas lantai dan dihempap oleh Lisa.Mata mereka berpaut...satu perasaan aneh mula menerjah dalam hati mereka berdua.Bagai dalam mimpi,ala-ala cerita Hindustan katakan...Agak lama mereka berada dalam senario tersebut,kira-kira lima belas minit.Tiba-tiba kedengaran suara manja Shasha memanggil Khai yang baru muncul dari bilik muzik.

“Sayang,you buat apa ni?”Soal Shasha sambil mencekak pinggang.Lisa dan Khai terkesima.Mereka segera bangun dari mimpi dan membetulkan kedudukan masing-masing.

“Tadi, kita orang........terjatuh dan .....”jawab Lisa tetapi Shasha tidak memperdulikannya malah,segera menarik tangan Khai dan berlalu pergi.Lisa memerhatikan langkah mereka.Khai pula sempat menoleh ke arah Lisa sekilas pandang.

* * * *

Sejak dari kejadian tersebut,mereka masing-masing tidak bertegur sape apatah lagi berjumpa.Khai mula mengubah sikapnya.Anak ahli perniagaan ini yang dulunya sering pulang lewat malam,nakal dan bersikap kurang ajar selepas kematian ibunya mula mengubah sikap.Inilah apa orang katakan,penangan cinta........Dia semakin rajin dan baik.Bibit-bibit cinta mula mekar di dalam hati mereka berdua.Tetapi masing-masing menafikannya.Lisa semakin pendiam dan kelihatan tidak bermaya.Masing-masing ego dalam meluahkan cinta yang semakin membara.Cinta itu semakin kuat dari hari ke hari.Hubungan Khai dan Shasha pula semakin renggang,Khai cuba mengelakkan diri dari berjumpa dengan Shasha.Malas nak layan sikap mengada-ngadanya itu.Mahu sahaja Khai memutuskan hubungannya dengan Shasha tetapi memikirkan ayahnya banyak berhutang dengan papa Shasha, dia mematikan niatnya.Kalau Shasha bergaduh dengan Khai,papa Shasha pasti memarahinya.Sibu betul orang tua tu.....Lisa pula semakin kerap berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat.Tiada siapa yang mengetahui penyakitnya kecuali Maya.

* * * *

Dua bulan kemudian,Persatuan PERTINA sekolah telah mengadakan perkhemahan ke Hutan Lipur Gunung Ledang,Johor.Ke semua pelajar tingkatan enam rendah wajib mengikuti perkhemahan tersebut.Pada hari yang ditunggu-tunggu,ke semua pelajar berkumpul pada pukul 8.00 pagi.Kelihatan Khai tergesa-gesa membawa beg campingnya dan Shasha pula membawa beg mekapnya.Lisa memerhatikan mereka.Khai merenung Lisa dengan tajam.Rasa tenang melihat wajah yang sering muncul dalam mimpinya itu.Lisa perasan Khai memerhatikannya.Cepat-cepat dia menaiki bas yang sedang menunggu mereka.Bas bergerak menuju ke destinasinya.Dua jam setengah kemudian,mereka tiba di Gunung Ledang.Mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa tugas.Ada yang mendirikan khemah,membersihkan kawasan sekeliling,memasak dan mencari kayu api.Lisa segera mencari kayu api.Tiba-tiba Shasha menolak Lisa dan menyebabkannya terjatuh ke tanah.Lengannya luka akibat terkena ranting-ranting kayu.Nasib baik hanya luka-luka kecil...

“La...sorrylah...aku tak sengaja,anak pungut!”perli Shasha sambil menjuirkan bibirnya.Dia berasa geram dengan Lisa.Terasa dirinya dicabar bila Khai mula memberi perhatian lebih kepada Lisa.Dan Lisa semakin popular disebabkan keaktifannya,kebajikannya dan kesopanannya.Walaupun memang benar Shasha lebih cantik dari Lisa,disebabkan oleh mukanya kacukan cina dan arab,tetapi dia tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya.Lisa terkesima.Title yang diberi oleh Shasha memeranjatkannya.Shasha meninggalkannya begitu sahaja.Khai yang nampak kejadian tersebut terdorong untuk membantu Lisa.Naluri kelakiannya yang tidak ingin gadis yang dicintainya disakiti.Khai memegang bahu Lisa.Lisa menepis tangan Khai dan terus berjalan menuju ke tapak perkhemahan.Pada malam itu,mereka mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru pengiring.Shasha duduk bersebelahan dengan Khai dan merangkul erat lengan Khai.Khai berasa tidak selesa.Lisa yang lagi tadi memerhatikan gelagat mereka terpaksa mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila Khai memandangnya.Kemudian,mereka pun tidur menanti aktiviti jungle tracking esok yang mendebarkan dan semestinya menyeronokkan.

* * * *

Aktiviti jungle tracking berjalan dengan jayanya.Kelihatan pelajar keletihan kerana terpaksa berjalan sejauh tujuh kilometer.Khai mengelap peluh yang membasahi tubuhnya.Kedengaran suara Maya menjerit memanggil cikgu.Lisa hilang!Rasa kebimbangan Khai membuatkannya tekad mencari Lisa di hutan.Maya menghulurkan ubat Lisa kepda Khai.Lisa lupa untuk membawa ubat tersebut bersamanya.Khai segera mencari Lisa di dalam hutan.Dia menjerit memanggil nama Lisa.Dia terus berjalan dan kira-kira setengah jam kemudian,kelihatan sekujur tubuh terbaring bersama beg camping.

“Lisa......Lisa........”ujar Khai sambil berlari kearahnya.

Kelihatan Lisa pengsan.Khai mengeluarkan botol airnya dan merenjis sedikit air ke muka Lisa.Lisa mula membuka matanya...

“Khai.....Khai......awak......”kata Lisa sambil memegang pinggangnya.

“Awak.....jangan banyak bergerak.Awak sakit ni,”Khai mula berasa sayu melihat keadaan Lisa.Dia merangkul tubuh Lisa dan meletakkan kepala Lisa di atas ribanya.Dia mengeluarkan ubat dan menyuap ubat tersebut ke dalam mulut Lisa.Lisa berasa sedikit lega selepas makan ubat.Dia bangun dari riba Khai.Timbul perasaan kekok berada bersama dengan Khai.Hatinya berdebar-debar.

“Ya Allah.....jauhkanlah segala hasutan syaitan dan berilah aku kekuatan dalam menghadapi dugaanmu,”doa Lisa dalam hatinya.Dia begitu menjaga batas pergaulannya sebagai seorang muslimah.Dia segera bangun mengambil begnya.Terasa payah ketika dia mahu mengangkat begnya.Khai memerhatikan keadaan Lisa yang begitu lemah.

“Awak sakit tu....jangan banyak bergerak.Hari dah senja ni.Lebih baik kita bermalam dekat sini dulu.Takut ada binatang buas,lagipun tak nampak jalan pulang malam-malam ni,”nasihat Khai sambil mengambil beg yang dipegang oleh Lisa.Lisa duduk dibawah pokok besar.Khai memungut kayu api dan mula membuat unggun api.Selepas itu dia pergi ke anak sungai yang berhampiran untuk mengambil wuduk.Khai mengajak Lisa pergi bersama dengannya.Lisa mengikut langkah Khai.Badan Lisa masih lemah tapi dia mengagahkan diri juga untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang Islam.Setelah mengambil wuduk,mereka sembahyang berjemaah.Lisa terharu tatkala Khai mendoakan kesejahteraannya dan kesihatannya diakhir sembahyang.Selepas itu,mereka duduk ditepi unggun api,Lisa menghulurkan kepada Khai biskut yang di bawanya.Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh unggun api.Khai menceritakan perihal dirinya, dan begitu juga Lisa. Khai terpikat dengan kematangan dan keperibadian Lisa. Dalam diam, dia semakin suka akan Lisa. Khai menyuruh Lisa tidur dan dia akan menjaga kawasan sekeliling.Lisa pun tidur beralaskan tanah dan dilitupi oleh selimut Khai. Khai mula berjaga dan dia mengambil kesempatan untuk menatap wajah Lisa.Cintanya pada Lisa semakin kuat dan....tak boleh disangkal lagi.

* * * *

Keesokan harinya mereka memulakan perjalanan untuk mencari jalan pulang. Akhirnya,kelihatan juga tapak perkhemahan mereka dari jauh.Maya berasa lega kerana Lisa dah pulang dengan selamat.Mereka semua mula berkemas dan pulang ke Kuala Lumpur.Sejak kejadian itu,Khai mula berusaha menawan hati Lisa.Pada suatu hari, Khai meluahkan perasaannya kepada Lisa di bilik muzik,yang kebetulan mereka sedang berlatih untuk persembahan zapin.Khai dengan machonya menggunakan mikrofon da menyatakan perasaanya.

“Lisa......saya sukakan awak,saya......Khairul Affendi Azhar amat menyintai Nuralissa Zaki,” ucap Khai sambil merenung wajah Lisa yang agak kaget dengan perbuatan Khai.Lisa berjalan menuju ke arah Khai dan menamparnya.Kemudian, Lisa berlari dari situ.Khai mengejarnya tetapi di halang oleh Maya.

“Biarkan dia tenangkan diri dulu.Nanti aku pujuk dia,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan Khai yang terpinga-pinga,

* * * *

Khai terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Maya, Lisa telah mengikut abangnya tinggal di luar negara.Khai berasa kecewa,sepatutnya dia tidak memberitahu perasaannya kepada Lisa.Kini, Lisa telah meninggalkan Malaysia.

* * * *

TUJUH TAHUN KEMUDIAN......

Khai membetulkan tali leher yang dipakainya.Dia perlu berjumpa dengan klien yang datang dari Jepun berhubung dengan projek usaha sama syarikatnya berkenaan model telefon bimbit baru.Sudah sejam dia menunggu klien tersebut.Dia bergegas keluar dari restoran dan menuju ke tempat letak kereta.Rasa bosan menunggu klien yang tidak muncul-muncul.Dia berjalan sambil menelefon seseorang.Tiba-tiba dia terlanggar kerusi roda.Khai terkejut dan melihat orang yang duduk di atas kerusi roda tersebut.Lisa...............wajah yang sering di rinduinya...kini berada di hadapan matanya.

“Lisa....................Lisa..................kan?” soal Khai.Lisa menolak kerusi rodanya.Maya yang menemani Lisa agak terkejut dengan kemunculan Khai.Lisa terus menolak dan menolak kerusi rodanya.Air matanya mula mengalir deras.Khai mengejarnya dan menjerit memanggil nama Lisa.Lisa tidak mempedulikan Khai.Maya menghampiri Khai yang sedang mengejar Lisa.

“Dah la Khai, jangan seksa Lisa lagi.Dia dah puas menderita.Dia sakit...”ucap Maya dengan perasaan sebak.

“Dia sakit apa?bagi tahu lah aku........aku pun terseksa juga.Lisa pergi tinggalkan aku!!!!!”tengking Khai.

“Dia...sakit buah pinggang.Kedua-dua buah pinggangnya tak boleh berfungsi lagi.Aku pergi dulu...”ujar Maya sambil berlalu pergi menuju kearah Lisa.Khai terduduk...hatinya terasa pedih sekali.

* * * *

Wad Cempaka menerima kehadiran Khai yang sudah lama mencari hospital yang menempatkan Lisa.Akhirnya,usahanya berhasil.Khai datang dengan membawa sejambak bunga ros merah jambu.Lisa tidak mempedulikan Khai.Khai tidak mahu memaksa Lisa menerima cintanya.Yang pasti,dia ikhlas mencintai Lisa.Setelah berbual dengan Maya, rupa-rupanya Lisa dah dua tahun pulang ke Malaysia badan Lisa semakin cengkung.Lisa sedaya upaya mengelakkan diri dari berbual dengan Khai.Setiap hari, Khai melawatnya malah turut menjaganya.

“Tolonglah Khai, tak payahlah jaga Lisa.Lisa tak suka Khai ada dekat sini...”

“Tapi.............”

“Lisa kata pergi.....lebih baik Khai pergi.Pergi....pergi!!!!!!!!!”

Jeritan Lisa bergema.Khai terpaksa pergi meninggalkan Lisa.Dia tidak mahu Lisa bertambah sakit.

* * * *

Maya memberi beberapa keping surat kepada Khai.Tertera nama Khaipada sampul surat tersebut.

“Lisa cintakan kau..........Dia cintakan kau lebih dari nyawanya......Tapi,kau bacalah surat yang Lisa tulis untuk kau tu......”ucap Maya sambil menahan sebak didada.Dia tidak sampai hati membiarkan Lisa berterusan menyimpan surat tersebut tanpa Khai mengetahui isi hatinya........Maya meninggalkan Khai membaca surat dari Lisa untuknya..............

Khai.......

Lisa sakit Khai......Lisa perlukan Khai disisi Lisa.Lisa tak tahan menanggung kesakitan ini seorang diri.Maafkan Lisa kerana buat Khai begitu....Lisa tak nak Khai bersedih melihat keadaan Lisa.Hanya Allah sahaja tahu betapa tinggi cinta Lisa pada Khai.Lisa tak nak Khai menanti dan mencintai Lisa yang akan mati bila-bila masa sahaja.Maafkan Lisa..........

Yang Merinduimu............Lisa.

Khai membaca surat yang berikutnya...

Kenangan manis kita akan terus bersemi dalam diriku.......hingga akhir hayatku....engkau adalah darahku,engkau adalah jantungku,engkaulah hidupku,lengkapilah diriku.....tutupilah kelemahanku.Cintaku kerana Allah,mencintaimu merupakan anugerah dariNya.Aku bersyukur dipertemukan denganmu..bisa mencintaimu....aku ikhlas........................dan redha andai aku bisa pergi dulu Lisa akan mencintai Khai selamanya.

* * * *

Wad ICU dihuni oleh Khai dan Lisa.......Alhamdulillah,pembedahan menderma buah pinggang Khai kepada Lisa berjalan lancar.Dengan mukjizat Nya,buah pinggang Khai sepadan dan diterima oleh Lisa.Khai tekad menyelamatkan Lisa...Asalkan Lisa boleh sembuh....Khai tersenyum ke arah Lisa,dengan harapan ada sinar bahagia yang bakal menyinari hidup mereka nanti.Insyallah.......................

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.