Latihan Koir SMK Tun Mamat dan SK Sri Tangkak.

Sekali lagi, pihak penganjur sambutan hari kemerdekaan daerah Ledang, telah memberi kepercayaan kepada SMK Tun Mamat, untuk mengadakan persembahan Koir Kemerdekaan pada tahun ini. Selain menyanyikan lagu Negaraku dan Bangsa Johor, koir sekolah juga akan
mempersembahkan lagu tema kemerdekaan tahun ini iaitu 1 Malaysia, Tanggal 31, Malaysia Berjaya dan Jalur Gemilang.

Saya telah memilih pelajar tingkatan 6 bawah sahaja untuk menyertai pasukan koir ini dan tahun ini seramai 15 orang pelajar SK Seri Tangkak telah saya pilih menyertai pasukan koir ini. Sebagai penyelaras persembahan untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, saya berkeyakinan koir tahun ini amat bersedia dan mampu menarik hati penonton.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.