GHAZAL SMK TUN MAMAT TANGKAK.



Sejak penubuhan hingga kini, kelab ghazal kerap menerima undangan untuk majlis rasmi dan majlis tidak rasmi di kawasan Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Amat banyak aktiviti yang telah disertai dan sudah pasti juga keanggotaan kumpulan pemuzik dan penyanyi Ghazal sering bertukar ganti. Namun, matlamat kelab tetap tidak berubah iaitu, meneruskan
kelangsungan budaya seni muzik Ghazal agar terus hidup subur dan tidak mati ditelan zaman.
Berdasarkan pengalaman saya dalam menubuhkan kumpulan ghazal di sekolah ini, cabaran
akan tetap di hadapi sama ada di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Tidak kurang juga
persepsi masyarakat yang juga dalam kalangan warga Johor yang tidak dapat menerima seni
Ghazal sebagai salah satu unsur Jati Diri Warga Johor. Andaian mereka, semua unsur muzik, alat muzik bertali, ada lelaki dan perempuan serta seni kata lagu yang melekakan, adalah penyebab
yang membawa kepada keruntuhan moral dan aqidah seorang Muslim. Sama seperti seni tari Zapin, mereka tidak menyedari dan tidak tahu bahawa Zapin dan Ghazal adalah berasal dari Timur Tengah dan dipelopori oleh pedagang Arab. Mungkin faktor ceteknya ilmu dan kurang
pembacaan menyebabkan mereka hanya pandai bercakap tanpa berdasarkan ilmu sejarah tentang asal usul seni muzik Ghazal dan Zapin.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput pasukan Ghazal Remaja SMK Tun Mamat, untuk membuat persembahan, sila menghubungi sekolah di talian 06-9781245 atau Fax - 06 9789784 atau kepada saya, 012-6962576.

Comments

Popular posts from this blog

PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA.

RAHSIA MEMELIHARA IKAN KALOI.

KEBAIKAN BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH.